Beautiful Friends

Wednesday, June 25, 2014

Ulu Bendul dalam kenangan..

Assalamualaikum all..

Memang Ibu keciwaaa..

Dah la dah bertahun Ibu tak pi melawat kawasan.. kawasan Ulu Bendul ni la.. sekali bila dah sampai sana.. habis semua gondol.

Maybe jugak sebab dah lama tak hujan so kawasan semua jadi kering kontang. But still itu bukan alasan dengan pemandangan yang Ibu tengok ni.


Simen lagi banyak dari batu-batu sungai. Tak cukup dengan tu.. pokok-pokok pun banyak yang dah kena tebang. Especially yang di bahagian depan or pintu masuk ke kawasan Ulu Bendul tu.

Antara kemudahan yang disediakan untuk anak-anak..

Tapi anak-anak.. best jer melayan diri. As long as.. boleh mandi di Ulu Bendul.. itu pun dah lepas satu wishlist.

Entahlah.. Ibu nak komen pun susah. Cakap banyak nanti.. ada pulak orang kata Ibu ni anti pembangunan tapi hakikatnya kalau kawasan hutan dah gondol macam ni.. apa lagi sebenarnya yang boleh Ibu nak banggakan.

Kalau dulu bila jejak jer kaki ke sini.. kepala semua dah redup.. ini terpaksa pulak mencari tempat berteduh. Dengan air pun yang dah kurang sejuk..

Kalau dulu best jer Ibu boleh kutip batu-batu kecik nak dibuat hiasan dalam akuarium di rumah kami.. ni terpaksa menapak hingga ke atas.. baru nak jumpa kawasan yang banyak batu-batu sungai ni.

Otherwise semua simen..

Tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima. Ada kelompok masyarakat yang mahukan Ulu Bendul ini dinaiktaraf. Dimajukan agar mampu memberikan kemudahan bagi yang memerlukan.

Tapi.. apa-apa pun.. memang Ibu frustttttt sangat ni..

P/s;
Kawasan yang dulu kami biasa berkelah pun dah tak jumpa lagi.. semua dah kena simen.. aduhaiii..

6 comments:

  1. Ulu bendul di area mana ni kak sham, no wonderlah cuaca skrg panas sbb byk sgt pokok2 dh d tebang

    ReplyDelete
  2. JM,
    Ulu Bendol ni dalam kawasan N9.
    Kalau dari Kuala Pilah nak ke Seremban, sebelah kiri jalan saja.

    Try google.. sure jumpa.

    ReplyDelete
  3. Kena bayar x? Kalau kat sg.Gabai hulu langat kena bayar rm1 sorang.untuk conserve the site katanye

    ReplyDelete
  4. Sal Bee Yah,
    Setakat ni free lagi.

    ReplyDelete
  5. Kak Sham, masa kecik2 saya duk kat Jelebu, so selalu pegi Ulu Bendul.

    Sedihnya tengok dorang buat mcm nih:( Biar aje gitu lagi cantik.

    ReplyDelete
  6. Madre,
    Kemajuan mmg x salah.
    Tp bila dah jadi mcm ni.. rasa dah x asli lg.
    W'pun kaw yg dinaiktaraf tu hanya "sedikit" tp.. sayang jugak rasanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...