Beautiful Friends

Friday, June 26, 2015

80++ days but who's counting..

Tiap petang..
Antara routine.. berdiri depan fridge.. tengok atas bawah.. carik idea.

Walaupun selang sehari sebelum tu dah confirmed nak masak itu ini.. last minute.. sure ada rombakan. Ni semua sebab anak-anak last minute sure akan request itu ini.

Kita ni.. tak sampai hati la pulak..


Mi goreng mamak.
Dah 2 hari jugak Bujang Sulong dok sebut. Mujur ada mi kuning sikit lagi. Campur itu ini.. at last dapatlah sebekas macam tu. At last.. sebijik nasik pun dia tak sentuh. Mengadap mi goreng semata-mata.


Kurma Nabi atau kurma Ajwa..
Apa-apa pun.. Ibu akan cari yang ini dulu. Dapat 2-3 bijik.. alhamdulillah. Kenyang jugak rasa. Bukan nak diet.. tapi wallahi.. memang terasa la jugak kenyang.


Kalau yang hok ni.. memang favorite Cik Asben. Masam-masam manis.. entahlah.. berahi sangat dia dengan buah ni. Kalau Ibu.. setakat sebelah saja.. cukup la.


Yang ini pulak wajib standby. Si Cinonet nyer kudap-kudap ni. Masuk bilik nanti.. dicuit nyer sikit.. keluar bilik nanti.. dicuit nyer sikit. Lama-lama yang dalam bekas tu pun licin. Pagi esok lepas sahur.. mula la report duty. Memang ubat pelawas la jugak kiranya.


Tapi apa-apa pun satu menu 'pedas' wajib ada. Mana tahan makan macam tu jer kan. Dah perut Melayu.. sure akan mencarik nasik jugak nanti.

And later that night masa kami pi pasar beli groceries..






Ni semua antara buah tangan yang biasa Tok Sheikh and Minah Arab bagi pada anak-anak masa pi menziarah during Ramadhan ni. Ni hok yang biasa-biasa jer. Range dalam harga 5KD ke bawah. Kut nak lagi standard.. pilih jer la. Custom made pun banyak. Sediakan jer la tang bab fulus.

Dia orang ni banyak duit.. macam-macam boleh buat.

And one thing bout during Ramadhan ni.. semua mall akan extend business hours till 1 or 2am.

Ada jugak yang operate sampai sahur. Then time masuk office pulak lewat and balik pun awal. Even Cik Asben pun kerja 6 jam saja.

Ni semua antara kemudahan Emir bagi pada semua penduduk Kuwait.

Tapi kita ni dah taraf pendatang.. satu hari nanti.. balik Tanah Malaya jugak.

Pandai-pandai la bawak diri..

8 comments:

  1. Acik pun suka kiwi sham..makan sebiji lepas terawikh..tapi acik beli yang gold..kalau hijau ni tak tahan masam sangat

    ReplyDelete
  2. Ontah la Acik.
    Tak ponah laei try kiwi gold.
    Tapi kok iyo manih.. buleh la try gak nanti.
    Timo kasih Acik.

    ReplyDelete
  3. Mee kuning tu akak buek sendiri kan? Menggiuekan kak. Dah lamo pulak sey x masak mee goreng. Tapi bilo anak2 makan beriyo..pueh hati kan kak.

    Sey dulu ado yo berangan...kerajaan Mesia ni x nak ko boghi kemudahan macam kek negaro pasir bodongung tu.

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan cik kak sham yg jauh dimata tuu. hee 6 jam kerja kat opis je, untunglahh ;p

    ReplyDelete
  5. Kurma ajwa, sedapya...stock last year baru jer habis, makan berdikit-dikit.

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Doa jo la banyak-banyak.. mano tau lak terbukak ati Agong.. tebukak ati Pak Jib nak bagi 6 jam kojo jo.

    ReplyDelete
  7. Alaikumussalam Wak,
    Alhamdulillah.. sementara menumpang kat sini.
    Kita ikut jer la law dia orang ni.

    ReplyDelete
  8. Nasa,
    Walaupun kurma Ajwa senang nak dapat di sini, tapi kami pun makan berhemah jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...