Beautiful Friends

Thursday, June 18, 2015

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

Marhaban ya Ramadhan..

Dah baca niat puasa?

Alhamdulillah.. untuk solat sunat terawih malam pertama ni kami dapat jemputan dari Tuan Duta. Actually.. its more to majlis tak rasmi. More untuk geng main badminton la ni. Whatever it is.. rezeki jangan ditolak.. bala jangan dicari.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah. Followed with dinner. Then solat isyak and terus ke solat sunat terawih which between 4 rakaat pertama dan kedua.. kami request diselitkan dengan sedikit majlis pengisian. Sambung dengan sunat witir. Khalass..

Bab makan.. En. Reza selaku tuan rumah.. 2 thumbs up. Siap ada tapau lagi. Sahur ni cuma timggal masak nasik jer la.

Express tul bercerita.

Tapi since ada yang rajin and sudi tolong snap pics.. ada la jugak kenang-kenangan kami. Excited jugak nak berpuasa di sini sebenarnya. Sebab rasanya.. since cecah kaki di sini.. inilah kali ke dua kami berpuasa di sini. Selalunya.. lepas jer anak-anak dapat result exam.. kami pun terus balik Tanah Malaya layan cuti 3 bulan kat sana.

Sini panas berdenting wehhhh..

Okey jom layan gambar.

Sementara menunggu waktu dinner.. buat la apa-apa yang berfaedah dulu..



Santai-santai dahulu..

Report duty..
Time ni la Tuan Duta bertanya khabar perihal golongan profesional dan pelajar-pelajar di sini..

Dah kita jer sorang perempuan.. pandai-pandai la bawak diri..



Tuan Duta kita.. thank you for having us tonight..


Very the show-off..
Lauk kampung babe..


Ustaz Romizi memberikan sedikit pengisian sementara menyambung semula solat sunat terawih..
(semput babe.. perut overloaded ni)

Dah lepas selesai terawih sambung pulak dengan moreh. Aduhaiiii.. dah lama perut tak 'sesak' macam ni. Silap-silap ada yang setakat minum air jer sahur nanti ni.

Apa-apa pun.. mudah-mudahan semoga kita terus berusaha merebut 'peluang' di bulan Ramadhan ini sambil mencari keredhaanNya jua.

Setahun cuma sebulan babe.

Assalamualaikum..



10 comments:

  1. Selamat berpuasa ibu sham,
    Rezeki diawal ramadan tu ibu sham,
    Seronok solat tarawih ni bersantai-santai
    Saya dengan anak perempuan solat dirumah ajer..
    En suami dengan Nabil gi surau solat tarawih..
    Pagi lepas sahur dan solat.. tengok2 bendera jepun mai huhu

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat berkumpul cam ni kan... dan selamat menjalani ibadah dibulan Ramadhan buat Sham sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Tahun ni balik.Malaya tak kak? Alhamdulillah, duta tu ada hati juga nak ambil berat kan. Bagus betul

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sham rezeki.
    Sham cantiknya jubah sham dan anakanda tu

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa buat Nur Hayati dan keluarga juga.
    Tak kisah la di rumah ke.. di masjid atau di surau.
    Mana-mana pun.. sama juga.

    - ABC.. Allah bagi cuti.. alhamdulillah.. Dia nak bagi rehat tu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah K.Rose.. sementara ada peluang ni kan.
    Selamat berpuasa buat K.Rose dan keluarga jugak.
    Maaf zahir bhatin jika ada salah silap selama kita berkenalan di alam maya.

    ReplyDelete
  7. Insya'Allah kalau ikut plan ghayo kek sini pulak tahun ni.
    Alhamdulillah Aziela.. Tuan Duta yang baghu ni.. ringan mulut bertanyo hal anak buah.

    - Happy iftar Aziela.. makan agak-agak yo.. jangan membazir.

    ReplyDelete
  8. Selamat nyambut bulan Ramadhan Acik dan keluargo.
    Masak sodap-sodap Acik. Time ni la kito nak jamu family.
    Kek sini bulan poso.. macam pesta.

    - tang jubah Sham tu boli siap. Mughah jo tu Acik. Tapi yang bujang tu punyo.. tompah kek kawan di sini.

    ReplyDelete
  9. Aina Ramadhan pertama sambut di hospital bersama anak2... Sedih sebab tak dapat siapkan sahur yang sempurna buat anak2 cuma bungkus nasi goreng dan air milo seorang sekotak. Alhamdulillah...itu pun rezeki juga.

    ReplyDelete
  10. Aina,
    Alhamdulillah.. itu pun rezeki jugak.
    K.Sham doakan agar semuanya bertambah baik di sana.
    Jangan disusahkan hati tu.. ramai yang bergantung semangat pada Aina.
    Insya'Allah.. DIA maha mendengar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...