Beautiful Friends

Wednesday, June 3, 2015

Bulan madu di awan biru..

Sembang-sembang dengan adik-adik students.

Ada satu cerita ni.. Ibu cukup terkesan dengan 'sebalik cerita' yang disampaikan.

Kisahnya..
Dulunya pensyarah di Kuwait U ni seorang Qadi di mahkamah syariah di sini. So hampir setiap hari dia berhadapan dengan kes cerai-berai. Macam-macam alasan.. macam-macam cerita jugak yang dia dengar dari setiap pasangan yang nak bercerai tu.

Antara sebab;
- Suami dah tak romantik.
- Bila keluar berjalan suami tak pegang tangan.
- Si suami tak panggil dengan panggilan seperti.. sayang.. darling.. etc.
- Kurang mesra jika dibanding dengan semasa baru berkahwin dulu.
- Isteri dah tak cantik lagi.
- Isteri dah malas nak berhias.

Macam-macam.. in short.. macam ni jer la. Dah tak macam masa awal-awal kahwin dulu .

Sekali pensyarah tu kata.. "ni la bahana terlampau suka tengok drama Turki (di sini drama Turki dialih bahasa ke B.Arab). Semua kena tipu dengan life yang langsung tak berpijak di bumi nyata".
- of course la pensyarah tu cakap dalam Bahasa Arab kan kan..

Dan akhirnya pensyarah tu letak jawatan di mahkamah syariah tu and terus jadi pensyarah saja. Otak tak pening.. or at least pening dengan peil and kerenah students jer la.

Back to real world..

Si suami.. (maybe)
- Mengharapkan bini cantik sepanjang masa.
- Mahukan makan pakai semua dah siap terhidang bila balik dari kerja.
- Expect the wife to handle the kids mengalahkan bibik yang dibayar gaji RM5,000 sebulan.
- Nak rumah bersih sentiasa.
- etc

Si isteri.. (maybe)
- Nak suami romantik.
- Nak suami body 6 packs.
- Nak sambut birthday or anniversary ala-ala candle light dinner.
- Nak suami itu ini laa..

Hakikatnya..
- Dulu takda anak.. so bolehlah pegang tangan wifey sentiasa.
- Dulu boleh la body 6 packs sebab diet yang macam-macam. La ni.. bini masak semua yang sedap-sedap belaka.. rugi la kalau tak makan kan kan.

OR

- Balik jer dari office.. singseng lengan baju.. nak masak untuk dinner pulak.
- Camana la nak handle semua.. anak 5.. Mana nak cuci baju.. kemas rumah.. nak layan suami lagi.
- Baru kemas kat sini.. anak dah buat sepah tempat lain pulak.
- Nak tengok/semak homework anak-anak lagi.

Bonus..
Kut ada bibik..
- Lain pulak kisahnya.

So..
The morale of the story..
Bukan kita dah kurang kasih sayang cuma kita kurang masa bersama.. kurang bertimbang rasa.. kurang berbincang dari hati ke hati. And being human.. ini semua normal.

Allah kurniakan kita dengan akal fikiran so 'berfikirlah'..

Yang dah kahwin.. or baru kahwin.. or dalam peringkat berangan nak kahwin.. please be more considerate. Realitinya.. hidup bukan semuanya indah.

Berkahwin bukan hanya sekadar menghalalkan perhubungan.. marriage also comes with responsibilities. And being married.. one must also conscious with the result and consequences.

Btw.. jangan hentam kita ya..
Peace.. lets love and be loved.

Hanya sekadar gambar hiasan..
(tapi yang dah tahu hukum.. jangan pakai inai macam tu ya)

3 comments:

  1. Masih ramai yang berkahwin tapi x betul2 memahami dan bersedia dengan pertukaran role and responsibilities. Maka terkeluarlah alasan2 mcm tu. Saya sangat setuju dengan K. Sham.

    And I wonder, apa yang diajar falam kursus kahwin sebenarnya? Cover tak semua syariah munakahat tu yer...

    ReplyDelete
  2. Ada kebenaran kata2 ibu sham..
    Kepenatan mengatasi segalanya..
    Perlu ada toleransi sesama pasangan..
    Kalau semua isteri nak buat..
    Badan yg sado pun boleh kering kan hehehe :)

    ReplyDelete
  3. kalau kat Malaysia ni mungkin boleh tukar ayat " akibat banyak sangat tengok drama Melayu"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...