Birthday..
Always celebrated as a private occasion for our family. Tak ada tiup-tiup lilin.. tak ada hias-hias rumah dengan belon and whatsnot. Only simple going out together just the 5 of us to any selected dining places. Khalass.
Tapi tahun ni.. we're living the moment. Bukan selalu dapat sambut hari lahir during bulan Ramadhan. So.. Ibu pun masak serba sikit. Ajak adik-adik students.. cuma kali ni sempat jemput sorang adik dari Singapore and sorang dari Indonesia. Tambah dengan muka-muka regular.. nak menitik air mata babe.
From scratches.. at last penuh satu meja makan. Ada yang bawak riyash.. ada yang bawak kuih ketayap (kuih gulong).. sardiin roll.. ada pulak yang bawak buah-buahan.. ada pulak yang nak sponsor kek coklat (bikin sendiri tau). Masya'Allah.. I'm loving it.. and truth be told.
The best part..
Ada pulak yang sudi jadi imam.. tolong baca doa untuk birthday boy. Malu sampai ke sudah si Manja. Sampaikan nak makan pun dia pi nyorok dalam bilik. Ye la.. tak pernah seumur hidup dia sambut birthday macam ni.
Tapi jangan sampai lari maksud.
Lepas bukak puasa.. kami sambung dengan solat maghrib dulu. Then barulah makan malam. Dah tu followed with isyak and terawih berjemaah. Actually lama dah Ibu 'berangan' nak solat terawih berjemaah di rumah ni.
Cuma dah almost every year kami 'ghaib' during Ramadhan.. abih tu camno..
Pada yang hadir.. terima kasih atas kesudian memeriah majlis kami malam tadi.
Jazakunna allahu khairon kasiiroo..
Allah sahaja yang mampu balas budi baik serta keikhlasan kalian. But more to it.. thank you for making my baby boy happy.. sooooo happy.
Ikhlas.. Ibu yang emo..
Happy birthday buat anak sham Alhamdulillah bermakna sunggu ingatan hari kelahiran nya tahun ni
ReplyDeleteT.kasih Acik.
ReplyDeleteSampai ke sudah si birthday boy asyik merah muka.
Dia kata.. 'malu la semua orang tau'.