Beautiful Friends

Saturday, June 13, 2015

Sikit-sikit.. lama-lama jadi combo meal..

Cuaca memang dah panas berdenting kat luar nun. Dah jadi macam tu.. memang tersangat kuranglah tahap kerajinan nak meronda sana-sini. Dok di rumah lagi best.. lagi nyaman.. lagi selesa.

Tapi dok di rumah rugi pulak rasanya kalau semata-mata 'duduk' sahaja. Sementara ada Vitamin R ni.. gunakanlah dengan sebaik mungkin.

Akhirnya..
Projek mengemaskan chest freezer.

Unlike freezer biasa yang senang kita nampak segala isi perut.. chest freezer ni satu yang kurang elok nyer.. segala reta yang di bawah nun.. kalau tak ingat.. memang jadi reta zaman Firaun la.

Asyik loading yang di atas.. yang di bawah.. silap-silap lupa dah berapa bulan nyer stok.

So.. kemas punya kemas.. memula tu jumpa yang hok ni..


Rasanya masuk dua bulan jugak dah terperap kat level bawah freezer nun. So.. at last kita transform jadi ke hok ni.

Ketuk serai..
Simpol daun kunyit..
Maka jadi la udang masak lemak daun kunyit..

Then jumpa pulak hati ayam. Nak goreng kunyit semata.. macam seciput jer la pulak. Partner pulak tak ada ni. Turun bakalah kejap. Cari kacang buncis.. and at last hasil nyer..

Goreng hati ayam dengan kacang buncis..

Cukup sifat dah ni.. satu lauk berkuah.. satu sayur.

Tapi sambil-sambil tu.. dah ada cili blend.. tomato.. ayam goreng 6-7 ketul.. cukup sangat la nak buat lauk yang satu ni. So at last.. dalam malas rajin.. malas rajin..

Ayam masak merah..

Aiwahhhhh..
Satisfaction.. mia mia..
Bismillah..

3 comments:

  1. semalam pn sy mkn udang galah masak lomak sedappp ;p

    ReplyDelete
  2. Mak ai...semuanya sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  3. Dik Kopiolimauice & Aziela,
    Alhamdulillah.. kita masak ikut skema tekak kita.
    Sedap makan banyak.. tak sedap makan sikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...