Antara yang datang melawat Amir..
Semua ni ketentuan dari DIA.
Hari ni kita boleh gelak-gelak.. tetiba esok.. lusa.. tulat.. kita tak tau lagi..
Lunch on Friday..
Baru jer Jumaat lepas kami dok sekumpol makan sama-sama.. then tetiba Sabtu petang dapat update kat group badminton, kawan yang sorang ni kena tahan wad.
Actually, Ibu ni ada satu 'feeling' tiap kali pi hospital. Ntah la.. macam tak berapa syok la. Tengok orang nangis.. tengok orang sakit.. especially kalau yang sakit tu orang tua pulak.. kita yang tak tahu punca asal kejadian pun boleh sama nangis.. boleh sama tumpang sayu.
Dan waktu ni la sebenarnya nilai 'kawan' tu jadi sangat mahal. Waktu seperti inilah jugak kita akan tahu siapa kawan kita yang sebenarnya.
Dan macam kes Amir ni yang sememangnya dok merantau solo ke sini.. aduhai sayu nyer la hati kalau dalam keadaan sebegini.. takda siapa yang berziarah.. tak ada siapa yang sudi mengambil berat.
As usual.. ding-dong-ding-dong.. 12 jam jugak baru dapat transfer ke wad yang sepatutnya. Tapi still.. jawapan masih 'uncertain'. Tunggu pulak untuk proses MRI. Kalau kami yang tukang kepoh ni resah menunggu.. Tuan Badan apatah lagi kan.
Cuma.. kami pohon sudilah kiranya rakan-rakan alam maya mendoakan agar beliau cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
P/s;
Kalau ada sesiapa yang rasa nak tahu serba-sedikit cerita asal-usul Amir ni.. boleh jer try search Amir Kadir (designer).. insya'Allah.. macam-macam cerita boleh dapat.
Assalamualaikum.
semoga cepat sembuh ye Amir Kadir...
ReplyDeleteAmeennnn.. ya rabb..
ReplyDeleteSemuga cepat sembuh, Amir Kadir.
ReplyDeleteSyafakallah amir...
ReplyDeleteSakit apa kak sham?
Khabarnya tulang kena jangkitan kuman.
ReplyDelete