Nak buek camano.. dah kito oghang kampung.
Nak jugak sesekali makan makanan yang biasa jumpa.. biasa makan di kampung nun. And alhamdulillah.. ulam pegaga ni senang jugak la nak jumpa kat sini. Bakalah di bawah nun (tuan punya orang Bangladesh) memang berjual ulam pegaga ni.
Kalau ikut kebiasaan, dia orang akan buat kerabu. Boh kelapa parut.. perah asam limau.. adjust garam. Begitulah lebih kurang resepi yang pernah the wife shared. Senang.. tapi nak cuba.. ntah laa..
And last week..
Knowing that yang kami memang dah pesan.. kalau ada stok.. tolong ketepikan secekak dua untuk kami.. plus kebetulan pulak anak Bujang turun ke bakalah.. aiwahhhh.. pucuk dicita.. ulam pegaga yang kita dapat.
Nak makan.. sonang bona..
Nak dibuat partner dalam gulai boleh. Nak dibuat ulam.. apatah lagi. Tapi hari ni.. share sikit la ya. Tayang-tayang dari pinggan makan kita..
Sejemput nasik and segenggam ulam pegaga..
Ayam masak kari and telur dadar (podeh)..
Sambal belacan dilupa jangan..
In the mean time..
Kut ada yang belum tahu.. pegaga ni memang banyak khasiat.
- Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
-
Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan
peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin
mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
-
Apabila disapukan pada kulit, sifat anti bakteria, anti kuman dan anti radang
yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat
tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
-
Bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses
pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan
kolagen, sekali gus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
-
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana
ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong
pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan
lembapan semula jadi.
-
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah
berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan
urat berwarna ungu pada betis dan paha.
-
Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan
alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan
kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
-
Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium,
potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
-
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu
bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
-
Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering
dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan
mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran
darah.
-
Sifat anti bakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai
rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan
saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
-
Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah
keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut
tidak bermaya.
-
Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur
darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.
-
Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkatkan aliran
oksigen, seterusnya mengelak masalah ra.mbut gugur dan menggalakkan pertumbuhan
anak rambut.
-
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan serius, penggunaan
herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.
Copy paste dari : sini.
Copy paste dari : sini.
Semoga bermenafaat.
Sodap masak lomak cili api ikan kombung dgn pegago ni ibu sham weiii..
ReplyDeleteUdah meleleh lak air liur nengok pinggan makan ibu sham tu ..
Hidup subur pulak kek sanun yo ibu sham.. :D
Gulai ikan kombung.. lawan lak ngan ulam pegago.. memang tak soda nasik betambah..
Deletekerabu pegaga...sedap
ReplyDeleteTak pernah lagi buat kerabu pegaga.
DeleteKena cuba jugak ni.
akar pegaga saya blend buat jus . minum selepas dicampurkan madu dan erahan limau ... jgn buang , rugi . byk khasiatnya .
ReplyDeleteVee,
DeleteItu lagi baik dari segala pil/jamu instant yang banyak jual kat market.
Lazaaat...
ReplyDeleteTp hilang arh khasiat mkn dgn cili pedas2... hihi...
Eh... yer ke... memandai je
Nak lagi asli.. makan dengan akar-akar pegaga tu skali.
DeleteItu yang paling baik.