Beautiful Friends

Tuesday, February 4, 2014

Gulai telur ayam.. edited..

Assalamualaikum all,

Dulu kan kan.. masa Ibu baru berumah tangga kat alam maya ni.. rajin jugaklah tepek resepi semua yang Ibu masak. Niat nak tolong kawan-kawan yang suka masak simple-simple macam Ibu ni. Tapi lelama tu.. jadi malas la pulak nak tepek resepi tu.

Reason ;
1- sebab asyik masak yang sama jer.
2- Ibu tak pandai masak yang canggih-manggih macam orang lain.
3- lauk yang Ibu masak ni, selalu Ibu main campak-campak je.. takda sukatan tertentu.
4- M.A.L.A.S.. (itu yang betulnya)

Well.. ni Ibu share lagi.. lunch for today. Lauk campak-campak.. khalass..

7 comments:

  1. Assalam Kak Sham
    Ya Rabbi..saya suka sangat gulai lemak kuning telur itik ni, tapi malangnya saya tatau buat. Dan currently dinasihatkan doctor kurangkan pengambilan telur sebab kolesterol agak tinggi..sigh!

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt LW,
    K.Sham pun sebenarnya kena jaga jugak kolestrol. Boleh tahan jugak laa.. tapi dah dasar degil.. sesekali tu berhajat jugak..

    ReplyDelete
  3. kelasssss ko kak. kalau ros bab2 telur xkuasa nak gulai. hahaha lg malas tu. setakat telur mata sapi jelah

    ReplyDelete
  4. Kolesterol saya pun boleh tahan. Selera pula bila usia meningkat ni...nak makan makanan berkolesterol jer. Dulu2 tak teringin pula.... Kak Syam...saya pun malas tepek resipi.. Lagi satu..saya jarang amsak...hehehehehe.

    ReplyDelete
  5. Ros,
    Telur mata sapi pun best perrr..
    Perah asam limau.. mayang bawang merah sikit.. potong cili api.. kicap masin sikit.. nasi panas.. aduhaiiii..

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    K.Sham suka jenguk rumah Aziela cari idea tmpt nak pi mkn..
    Mana la tau.. balik cuti ni.. kut ada yg sempat nak jugak pi ziarah.

    ReplyDelete
  7. Saya manusia yang tak makan buah yang dimasak menjadi lauk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...