Beautiful Friends

Friday, February 21, 2014

Ikan bakar & pucuk pegaga..

Dah lama jugak Ibu mencari.. berkirim ke kawan.. asyik salah hari.. jenguk ke bakalah.. asyik habis. Mujurlah budak kedai yang baru ni kurang memory loss sikit. Siap hantar ke rumah. Akhirnya 2 cekak pucuk pegaga sampai depan pintu.

Adatlah.. bukan semua orang makan pucuk pegaga ni. So kena cari kat area yang ramai masyarakat India. Dia orang makan jugak ulam ni. Siap buat kerabu.


Selain dibuat ulam, Ibu suka jugak campur dalam kuah masak lemak cili api. Nak buat macam mana.. dah macam tu cara Ibu diajar. Omak sey selalu masak macam ni. So now.. menurun ke Ibu la pulak.

Cara masak - sama saja. Lepas dah masak kuah.. masuk ikan.. then masuk ulam pucuk pegaga. Cuma biasanya Ibu prefer bakar dulu ikan tu. Entahlah.. rasa lagi sedap la pulak kalau macam tu.

Meh.. Ibu nak share sikit khasiat pucuk pegaga ni..

1- Pengubati penyakit kencing manis
2- Airnya boleh digunakan bagi mengubati vagina yang gatal
3- Mengawal darah tinggi
4- Mengurangkan paras gula dalam kencing

And many more.. nanti-nanti ada rezeki.. kita share la..

Ilal liqa'

12 comments:

  1. elok kan makan pegaga ni,
    nak try lah buh dalam msak lemak cili padi
    nice sharing, tenkiu :)

    ReplyDelete
  2. Kak, masa saya dalam pantang dulu, selamber jer mak saya masak lemak pucuk pegaga ni. Tapi cili api digantikan dengan lada hitam. Hehehehehe...sodap eh.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tihara,
    Mungkin dengan sebab tu.. nenek moyang kita dulu semuanya kekal sihat tubuh badan walau umur dah lanjut. Makan semua yang "berkhasiat" sahaja.

    ReplyDelete
  4. Aziela,
    Pucuk pegaga ni elok untuk mempercepat mengecutkan rahim, tu sebab ramai bidan-bidan kampung akan rekomen makan atau minum air pucuk pegaga.

    Tapi dah dalam pantang kan.. cili api kena "elak" la.. so tu yang ganti dengan lada hitam.

    ReplyDelete
  5. Rumah akak ada patch nak buat garden tak?

    ReplyDelete
  6. TATA,
    Takda la syg.. kami ni dok umah takda tanah. Atap pun takda..
    Balconi pulak dh jd tmpt Cik Asben ambik oksigen (smoking la tu)

    Dlm toilet lak.. asyik mati sbb anak suka tembak ngan air while mandi..

    ReplyDelete
  7. Plant akak mati sebab terlebih air eh? Hahaha.

    Saya bayangkan anak akak menembak air tu. Dia nak tolong mak nya siram pokok tu.

    Siram air biasa kan? Hahahaha.

    ReplyDelete
  8. TATA,
    Tau tak pa.. tau-tau.. dah belayar jer segala anak pokok dlm petak semaian tu..

    ReplyDelete
  9. Kat sini pucuk pegaga mudah dapat kat asia mart..sentiasa ada. Jadi saya sentiasalah buat ulam saja, tak pandai nak masak2 pegaga ni :)

    ReplyDelete
  10. KA,
    Buat ulam lagi bagus.. lagi original..

    ReplyDelete
  11. sedapnyer...salam hujung minggu dari bunda..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Bundo,
    Alhamdulillah.. buleh la setakat mkn anak-beranak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...