Antara
makna hadis Nabi :
((Barang
siapa yang sembahyang subuh, maka dia berada di dalam jaminan/keamanan Allah))
terdapat juga riwayat mengatakan 'subuh berjemaah'.
2.
Sabda Rasulullah saw lagi :
Antara
maknanya:
((Tiada
solat yang lebih berat ke atas orang-orang munafiq daripada solat subuh dan
isyak, sekiranya mereka mengetahui apakah yang ada padanya (ganjaran Allah),
mereka pasti telah menghadirinya walaupun dengan cara merangkak..)) atau
sebagaimana sabda Baginda saw..
3.
Rasulullah bersabda lagi :
Antara maknanya:
Antara maknanya:
((Barang
siapa yang sembahyang isyak berjemaah, maka seakan-akan dia telah bangun (beribadah)
separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seakan-akan dia
telah bersembahyang sepanjang malam)) atau sebagaimana sabda baginda..
4.
Antara hadis Nabi lagi :
Antara
maknanya :
((Dua
rakaat subuh (2 rakaat sunat sebelum subuh) adalah lebih baik daripada dunia
dan isinya)) atau sebagaimana sabda baginda saw..
5.
Antara sabda Baginda lagi:
Antara
maknanya :
((Berilah
khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam kegelapan untuk ke masjid,
bagi mereka cahaya yang lengkap sempurna di hari Qiamat)) atau sebagaimana sabda
baginda..
Ini direct Ibu copy paste dari wall seorang adik student kita di sini. Cuma ayat (in Arabic) terpaksa Ibu delete memandangkan susunan ayat yang jadi berterabur bila Ibu paste di sini.
A very good reminder.. if I might say.. waaaa.. den spekang ala-ala Brits pulak ari nihhh..
Kisahnya..
Cerita orang liat nak solat subuh. Suboh di sini (sekarang ni) jam 3.19am. So harap maklum jer la kan.. So adik kita ni post la status macam ni kat wall dia. Then semua students Malaysia dia pi tag status ni jugak. Ibu pun tumpang 2-kaki la jugak..
Anyway.. applied to everybody.. everywhere.. selagi ko masih mengaku ko umat Nabi Muhammad.. hamba Allah.. masih diberi nikmat atas dunia ni.. masih dipinjamkan nyawa.. pandai-pandai la bawak diri.
Ikhlas.. memang susah.. liat.. nak bangun subuh ni. Thus, kami pun tak terkecuali. Tambah pulak dah seawal 3 pagi.. Dah jadi macam tu.. nak tidur awal ke.. pasang "alarm" 2-3 bijik tepi telinga ke.. apa-apa yang patut la kan..
Unlike di kampong.. walaupun umur Ibu ni dah hampir separuh abad.. Omak and Ayah sey masih gagah mengetuk pintu bilik. Selagi Ibu tak bukak pintu.. selagi itu jugak la pintu tu kena ketuk.
Same goes bila balik kampung Bachok.
(Balik kampung layan tidur tersangatlahhhhhh best.. air-cond original babe..)
(Balik kampung layan tidur tersangatlahhhhhh best.. air-cond original babe..)
Dulu masa zaman "kurang insaf" tu.. ngelat la jugak. Ni dah jadi Ibu.. dah jadi Ayah.. kena lawan sikit la kan..
Anyhow.. macam kata my Kakak.. its all in your head..
Insya'Allah.. mudah-mudahan kita semua terus istiqomah.
P/s;
P/s;
Btw.. orang kalau dah tak suka.. apa pun jadi modal nak ngata kita kan. Kut ada yang kata Ibu post benda-benda versi nak tunjuk skima.. nak tunjuk alim.. nak tunjuk bagus.. its their words against mine.. terpulanglah kan..
Semoga Allah terus beri perlindungan pada kita.. insya'Allah..
Subuh ialah masa yg menyegarkan....tapi kalau baru 2-3 jam tidur, rasa macam bangun qiam la yer kak..
ReplyDelete