Beautiful Friends

Friday, May 23, 2014

Kami yang menumpang kasih..

Assalamualaikum all,

Dah dua minggu berturut rumah kami meriah dengan suara adik-adik students. Hari yang dipilih.. Khamis malam Jumaat. Reason.. kut terlajak bersembang pun.. at least esok nyer cuti.

Cuma dah kebetulan malam Jumaat.. so Ibu mintak semua berjemaah solat Isya' and baca Yasin. At least boleh bagi training pada my boys jugak.

Anyway.. bila dah tengok dia orang ni depan mata kita.. sayu jer hati.. sayu bila melihat semuda umur 12 tahun.. dah ada yang berhijrah sampai ke sini. Jauh dari ibu bapa.. jauh dari keluarga.. Ibu dulu umur 12 tahun pun dah masuk asrama.. tapi setakat Kuala Pilah ke Seremban jer. Itu pun kalau boleh mintak dengan Omak and Ayah datang ziarah tiap minggu.

Alhamdulillah.. walaupun jarang berjumpa (melainkan kalau ada majlis tertentu di Kedutaan) kemesraan antara adik-adik dan kami yang senior tidak terjejas. Sebenarnya.. memang itu pun tujuan asal. Ibu takmo adik-adik ni berasa canggung.. rasa bagai disisihkan.. tak betah bergaul dengan kami yang senior ni.

Lagi pun ini sahajalah peluang Ibu untuk menjamu adik-adik ni dengan masakan orang Melayu. Rasa.. jangan kira la kan.. Ibu bukan jenis masak pi sekolah pun. Masak campak-campak jer. Janji boleh telan serba sikit.. dah kira okey sangat la tu..

Tapi kan.. bila tengok dia orang ni berselera makan.. siap bertambah-tambah.. lagi la sayu hati ni. Ye la kan.. contoh macam anak-anak Ibu je la.. bolehlah pilih nak makan itu.. makan ini.. tapi dia orang.. makan saja apa yang dihidangkan di kantin asrama..

Alahai.. mula la nak feeling ni..

Meh Ibu share pics..




Ini badge last week.. adik-adik dari Kuwait University. Tapi dalam ramai-ramai ni ada dua orang dari Singapore. Dah kebetulan dia orang sama belajar karate dengan my heroes.. so Ibu jemput sekali. Sembang nyer sembang.. tak sedar dah jam kul 1 pagi.


Ini pulak adik-adik sekolah menengah. Dia orang ni mula-mula tu malu-malu jugak. Tapi lepas sesi "break the ice".. maklum saja la ya. Sedar tak sedar.. dah jam 11.00.. dah kena hantar balik asrama la pulak.

Well.. unlike macam badge senior.. dah nama pun "budak-budak".. laku betul segala coklat and jajan. Memang berbaloi Ibu angkut keluar segala coklat, candy, biskut etc. Seronok tengok dia orang ni makan. Tambah seronok bila tengok dia orang ni sambil makan.. sambil dok menyakat kawan-kawan yang lain.

Sebenarnya kan.. tak ada ayat yang mampu menerangkan perasaan sebenar Ibu ni.. semuanya bercampur-aduk.. macam-macam ada. Sampaikan nak karang ayat pun.. tak tahu nak cerita macam mana..

Isshhhh.. mula la nak emo ni..

Sambung lain kali je la ya..

6 comments:

  1. baiknya hati akak..sebab tu la rezeki akak murah :-)

    ReplyDelete
  2. kak syam... yang umur 12 tahun tuh diorg masuk sekolah apa yer kat sana? tahfiz ker? kecik2 lg dah berjauhan dari keluarga yer..

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah merahmati puan sekeluarga.
    teringat bagaimana seronoknya dapat makan kat rumah pegawai kementerian semasa merantau sekejap dulu.Rindu sambal belacan..

    ReplyDelete
  4. Saya rasa saya faham perasaan tu. Sekurang2nya akak berpeluang untuk melalui peristiwa itu. Sangat beruntung.

    ReplyDelete
  5. mesti seronok kan layan keletah diorang. semoga Allah murahkan lagi rezeki akak sekeluarga. amin.

    ReplyDelete
  6. Sikit sama sikit..
    Ada lebih sikit.. alhamdulillah..

    Mila,
    Kebanyakan dia org ni dari K'tan & T'ganu. Sama ada sekolah agama @ ma'ahad. Aside from UPSR, kena jugak ambik exam khas sekolah agama.
    Then.. dr situ try je la apply masuk ke sini.
    Cuma once they're here, ada la dpt tajaan dr U.N (program khas) or Kerajaan Kuwait. Ada elaun khas & biasanya dpt jugak tiket balik M'sia sekali setahun.
    Cuma tang bab aliran tahfiz etc.. itu terpulang pd student.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...