Assalamualaikum all,
Meh Ibu nak cerita..
Errr.. ada orang kata.. blog pun boleh jadi medium "mengumpat".
Okey.. ni lagi copy paste dari a few articles. Rujukan dari Ustaz dan Ustazah yang selayaknya. Nak bagi back-link sure ada yang kurang rajin nak membaca. So di sini Ibu summarize-kan.
Mengumpat..
Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Meh Ibu nak cerita..
Hari ni mengumpat dah advance. Banyak masa hanya perlu guna medium ei,
wassup.. chat.. ym and yang mana-mana sewaktu dengannya. Tak perlu nak
sembang face to face. Nak lagi best selit sekali "print-screen". Konon
nak jadi bahan bukti.. menguatkan cerita..
Tak
cukup dengan mengumpat.. sempat pulak membatu api.. elok-elok orang
berkawan (aman-aman) at last jadi macam embun di hujung rumput.
Dah
jadi macam ni.. cuba la study diri sendiri semula. Ibu ni pun menegur
diri sendiri jugak. Ada masa kita pun terkucil.. terlepas.. tercakap..
terwassup.. ter apa-apa je la. Kunun dengan niat nak tunjuk perihatin.. Whatever it is.. once dah sedar.. cepat-cepat tarik diri.
Besar dosa mengumpat ni..
Errr.. ada orang kata.. blog pun boleh jadi medium "mengumpat".
Okey.. ni lagi copy paste dari a few articles. Rujukan dari Ustaz dan Ustazah yang selayaknya. Nak bagi back-link sure ada yang kurang rajin nak membaca. So di sini Ibu summarize-kan.
Mengumpat..
Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.
Hukum
asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang
muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para
muslim untuk menyembunyikan aib seseorang. Namun di dalam beberapa keadaan
mengumpat dibenarkan oleh Islam.
Al-Imam
Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh
Syarak.
1) Orang
yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim
ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang
menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.
2) Perbuatan
mengumpat (mendedahkan) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran
seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk
mengubah kemungkaran “Si Polan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada
kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi
semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
3) Meminta
fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan
umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti.
Seperti contohnya ;
Dari Aisyah ra katanya : Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk
menemui Rasulullah saw, lalu bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sofyan
adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup
untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya)
tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab
baginda Rasul saw, Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh
mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.
4) Memberikan
peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang
dapat menghindari kejahatannya.
Contohnya, bagi menghindarkan dari berlakunya pemalsuan hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai
menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang
berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban
orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi
seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan atau menitipkan amanah. Atau urusan perkahwinan demikian juga tentang berjiran dan sebagai.
5) Apabila
seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak
mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang
dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara
terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan
hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun
kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk
didedahkan kepada masyarakat umum.
6) Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Namun, andai kata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu, umpamanya : Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah-rendahkan. Andai kata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran di atas maka itu adalah lebih baik.
Okey dah habis baca..
P/s;
I wonder.. apa la perasaan orang yang pura-pura baik/senyum.. kekdahnya pijak semut pun tak mati kat depan kita tapi kat belakang.. aduhai.. (sambung dalam hati je la)
And may Allah open our doors..
Mana-mana yang terasa.. minta maaf ya..
Sambil-sambil tu.. ni dinner kami malam tadi (merangkap sahur).. new member in the house.. telur masin yang diimport khas dari kedai Siam si Bobby. Nak buat sendiri.. malas punya malas.. delay punya delay.. beli je la yang senang.
Then this morning before Cik Asben nak pi office..
Multi-purpose soup with mee suah to the rescue.. ikhlas ni.. masa Cik Asben tengah dok hirup sup tu.. ada orang tu kan kan.. boleh terliur pulak. Bad.. bad.. so bad..
Lama lagi nak iftar ni..
Happy Thursday friend..

happy fasting k.sham…saya terlupa niat semalam. haha!!!inshaALLAH next monday plak. btw mana tak terliur, menggiurkan betul sup tu.
ReplyDeleteselamat berbuka posa ye...sunat ke ganti? hehehe
ReplyDeleteRos & Nasa,
ReplyDeletePuasa sunat hari Khamis.
Sedapnya mee suah tu. adehhh terliur dah ni
ReplyDeleteyum yum...
ReplyDeletetgk gambar pun terliur... camna ler org yg dok tengok live tuh tak terliur yerrr hii
Assalamualaikum Sham,
ReplyDeleteKebetulan pula terbaca hari ini ...
"Sabda Rasulullah SAW: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka, tidak akan memuji mereka dan bagi mereka azab seksa yang pedih; orang yang isbaal, pengadu domba dan orang yang menjual barangannya dengan sumpah yang palsu.” (Riwayat Muslim)"
Keterangan lanjut sini ...
http://www.sinarharian.com.my/rencana/larangan-isbaal-melabuhkan-pakaian-1.278462
Ingatan buat saya dan sahabat.
Terima kasih
tq 4 remind. May Allah bless us with His mercy.
ReplyDeleteHari Rabu masa nak Zohor jam 3 lebih baru tahu yang saya period. Memang menyesal sungguh tak solat on the time, so saya tak pasti whether I should ganti that Zohor or not.
ReplyDeleteTATA,
ReplyDeleteKalau tak silap.. dulu pernah K.Sham diberitahu yang wajib kita ganti solat sebab dah masuk waktu & waktu tu kita dalam keadaan sedar.. bukan pengsan atau tidur. Insya'Allah nnt K.Sham try carikan alasan/link.
Wallahu'alam..
Wa'alaikumsalam wbt REAL,
ReplyDeleteT.kasih.. sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan..
Terima Kasih KakSham diatas peringatan bersama..
ReplyDeleteKdg kala kita terlupa.. Ya kita mudah lupa untuk kebaikan tapi utk yang lain ..
MasyaAllah..Semoga Allah Lindungi kita semua dari segala fitnah..