Beautiful Friends

Wednesday, May 14, 2014

10 kesilapan yang sering dilakukan oleh suami.

Biar miskin dunia.. jangan miskin akhirat..


Ada Cik Anon berkirim hajat mintak dicarikan version opposite of 10 kesilapan si isteri. Untuk recall boleh baca di sini.

Ini pun Ibu gugel jer dari a few articles. Bukanlah sepenuhnya atau tepat.. cuma Ibu harap ia dapat membantu Cik Anon. Segala yang kurang itu dari diri Ibu sendiri.. hanya DIA sahaja yang maha mengetahui.

Bismillah..

1. Tidak Mengajarkan agama dan hukum syariat kepada isteri. 
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid dan nifas, bertingkahlaku dan berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai masalah kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik etc. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah agama, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat–malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang di perintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan”.
(Al-Quran, Surah At-Tahrim : 6)

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengabaikan hal ini, kerana semuanya akan dipertanggungjawapkan ke atasnya. Oleh itu hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara.

Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis "ilmu" yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu etc.. Dan yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid (contohnya).

2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.
Dalam suatu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah saw :

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
(H.R. Muslim)

3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri.
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri antara lain seperti :

(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman.
(Surah An-Nisa : 34)
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie.
(Surah Ath-Thalaq : 1)
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata :
“Ya Rasulullah, apakah hak isteri atas suaminya? Nabi saw menjawab :
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan dan tidak menghajar (boikot) kecuali di dalam rumah.”
(H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
(Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah saw :
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.”
(Muttafaq ‘alaih)

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri.
Rasulullah saw bersabda :
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
(H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumahtangga.
Ini kesalahan yang paling banyak menjangkiti para suami. Padahal lelaki yang paling utama yakni Rasulullah saw tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah ra, ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah saw di rumahnya, beliau menjawab :
“Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.”
(H.R. Bukhari)

7. Menyebarkan rahsia dan aib isterinya.
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.”
(H.R. Muslim)

Dalam hadis ini diharamkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri.
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerananyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak etc. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah saw telah bersabda :

"Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: nikah, talak (cerai) dan rujuk".
(H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan di kemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.”
(H.R. Muslim)

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at.
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
(Al-Quran, Surah An-Nisa : 3)

Sikap ini merupakan keadilan yang diperintahkan Allah swt. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, akan tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat.


10. Kurang sifat cemburu.
Para suami membiarkan keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada ramai orang. Dia membiarkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain.  

Bahkan sebahagiannya ada yang bangga kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita di mata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan serta dikhususkan buat suaminya sahaja tidak sesekali dijaja.

Seorang suami yang memiliki sifat cemburu terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.”
(Surah ash-Shahihah : 226)

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah saw :
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.”
(Muttafaq ‘alaih)

Perhatikan juga amaran Rasulullah saw terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri) :
“Tiga golongan yang Allah swt tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts”
(H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)

Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.

Wallahu' alam..

8 comments:

  1. BENAR SGT TU KAK SHAM
    ADA SUAMI LGSUNG X TAHU BACA QUR'AN
    HARAPKAN BINI YG AJAR ANAK MNGAJI
    ITU NASIB BAIK KALAU DPT BINI PANDAI MGAJI, KALAU LAKI BINI SAMA JE, SIAN ANAK2

    ReplyDelete
  2. Sama2 ada kesilapan dan kekurangan dalam rumahtangga. Yang penting ialah usaha kita untuk sentiasa membaiki dan muhasabah diri. Namun sayangnya kebanyakan individu dalam berumahtangga ni saling menyalahkan dek kerana ego dan sombong.


    P/S : Kak Syam, maafkan saya. Saya dah terima minggu lepas lagi, tapi saya sangat sibuk sampaikan tak sempat2 nak inform akak. Syukran jazilan, kak.

    ReplyDelete
  3. Someone ever asked me this, "Kalau awak nak pilih si A, cuba tanya dia tahu mengaji tak? Tahu hukum asas itu, tahu hukum asas ini tak? Kalau dia tak tahu, macam mana dia nak bimbing awak dalam berumahtangga? Tak kan awak yang nak ajar dia mengaji?"

    Sebab itu lah saya pilih si penanya soalan ini sebagai calon saya, insyaAllah. Saya tak kata dia perfect, tapi dalam senarai 10 yang akak senaraikan tu, semuanya dia lulus kak. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Kak Sham pernah tanya ada adik ni.. kenapa kawin muda.. dia jawab "nk halalkan yg tuuuuu".
    Jawapan yg ikhlas..
    Tp kalau setakat itu sahajalah yg dia tahu.. wallahu'alam..


    Aziela,
    Alhamdulillah.. wayyaki..


    Alhamdulillah TATA..

    ReplyDelete
  5. k.sham minta halalkan saya shre ntri ni di wall fb saya. Tq:).

    ReplyDelete
  6. Thank you, I'm the original commenter and I'm a Mr :)

    ReplyDelete
  7. Tifa,
    K.Sham cuma memanjangkan ilmu "dihujung jari".
    Terlebih terkurang.. kita sama-sama belajar..

    ReplyDelete
  8. Mr. Anon..
    You're welcome.
    Sorry for wrongly addressing you as "Cik Anon".
    Only that.. its a bit unusual for a man to read my story etc.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...