Assalamualaikum all,
Hari Jumaat.. sebetulnya "kebiasaannya" Ibu akan potong kuku anak-anak pada hari ni. Anak-anak tu as in yang bertiga tu la. Yang sulong pun sama.. dengan takda rasa bersalah sama-sama hulur jari minta kena layan jugak.
At the same time.. selalu dengar ada extra mark kalau potong kuku hari Jumaat tapi tak berapa clear sangat. So lepas dok gugel sana sini.. dapat la info ni serba sikit.
At the same time.. selalu dengar ada extra mark kalau potong kuku hari Jumaat tapi tak berapa clear sangat. So lepas dok gugel sana sini.. dapat la info ni serba sikit.
Meh.. Ibu share kat bawah ni..
Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan
sunat.
Berkata Saidatina Aisyah bermaksud :
Sepuluh
perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut,
bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut
bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata
Zakaria, Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).
(Riwayat Muslim).
Dari Anas bin Malik bermaksud :
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu
ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada
40 malam.
(Riwayat
Muslim).
Menurut Imam Shafie :
Sunat
memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi,
bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah saw bersabda bermaksud :
Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai
pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak
melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja
(sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak
berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa
antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
(Riwayat Ahmad).
Nota kecil :
Memakai pakaian yang indah-indah, minyak wangi.. ini hanya disunatkan bagi kaum lelaki sahaja. Bagi kaum wanita sebenarnya memadai hanya memakai pakaian yang bersih. Bahkan tidak digalakkan memakai telekung yang mungkin menarik perhatian jemaah wanita yang lain.
Nanti elok-elok boleh khusyuk solat, terus dok ralit tengok renda.. tengok bunga kerawang etc kat telekung.
Berkata Abu Hurairah ra bermaksud :

Nabi
Muhammad saw memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum
baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat
al-Bazzar dan al-Tabrani).
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Adapun
tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn
Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut :
Maksudnya :
Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi saw suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”
Mungkin ada yang pernah baca tentang potong kuku on what day.. ada itu and ada ini.. well.. Ibu prefer hanya potong kuku dimulakan dengan sebelah kanan and diakhiri dengan sebelah kiri sebab Nabi memang suka buat semua perkara dimulakan dengan sebelah kanan. Dimulakan dengan Bismillah serta selawat ke atas Nabi saw.
Memotong kuku pun bukan boleh sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.
Misalnya, kita juga perlu buang kuku pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah. Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Nota kaki :
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
P/s;
Tapi janganlah pulak sengaja nak tunggu hari Jumaat sahaja. Kut dah panjang sangat tu.. potong sahajalah. Kebersihan tu pun penting jugak. Pandai-pandailah bawak diri kan..
Wallahu' alam..

Satu perkongsian yang baik, semoga kita istiqomah menjalankan sunnah Rasulullah
ReplyDeleteBetul Kak... nanti nak ikut sangat adab, nak kena tunggu friday jugak... the next friday lupa lagi... last² dah mcm vampire kuku² tu... hehehe...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt Sham,
ReplyDeleteBagus! Terima kasih.
eh cam cikgu lak cakap bagus :) Actually Sham yang cikgu tak pernah putus search and share ilmu. Selamat Hari Guru Sham :)
Saya potong kuku hari Isnin Khamis Jumaat. Dah terbiasa ikut hari-hari tu. Potong dari kanan ke kiri.
ReplyDeleteperkongsian yg baik kak.. sye selalu tguu hari isnin, khamis dan jumaat..
ReplyDeletePotong bila panjang...kalo bleh jmt..tapi tak menahan panjang kuku bila2..tp kalo ptg hari jmt ada lain sikit smgt tu.
ReplyDelete