Beautiful Friends

Tuesday, May 20, 2014

Solat tanpa telekung??

Jangan dipersusahkan benda yang mudah.

Nak solat.. sebenarnya tak susah. Kita saja yang fikir susah. Tapi baru-baru ni.. boleh pulak Ibu tiba-tiba rasa was-was dengan aurat bahagian tapak tangan and kulit atas tapak tangan tu. Tu la kan.. syaitan tu kalau nak menyesakkan kepala kita ni.. macam-macam cara dia try.. walhal selama ni elok jer yakin solat.

Anyway.. bagi nak melapangkan kepala yang "ting-tong" tu.. maka Ibu rujuk soalan tu ke yang lebih arif. And jawapannya..





6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

SYARAT 1 : Mestilah menutup dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.

Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : Sebaik-baiknya guna sarung tangan panjang.
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai baju lengan pendek dengan sarung tangan panjang.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?

Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain tak jarang dan nampak dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai stokin yang tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Wallahu'alam..

11 comments:

  1. Terima kasih kak..bgi ilmu yng sangat bermanafaat..moga Allah yang membalasnya...

    ReplyDelete
  2. banyak khilaf pasal detail ni kan..
    saya pernah dengar kat tahsinul ibadah kat ikim.fm, ustaz fazli, aurat ketika solat adalah menutup kulit. so kalau pakai stokin tuh walaupun nampak bentuk kaki, tak jadi masalah, asal jgn nipis sampai nampak kulit. Even kalau pakaian yg agak ketat pun sah solat, but elakkan fitnah contoh kat public. Tapi kalau sorang2 dlm bilik tak jadi masalah.
    banyak kali org tanya, jawapan still sama... wallahualam

    ReplyDelete
  3. terima kasih utk perkongsian ;)
    ramai yg x tahu tu yg buat jd susah

    ReplyDelete
  4. Mila,

    Sebenarnya memang banyak khilaf. Yang K.Sham share ni sebenarnya jawapan "favorite". Banyak kali & ramai orang jugak yang K.Sham dah refer tapi memang macam ni la jawapan mereka.

    In short.. kalau solat sensorang takda masalah. Tapi bila kita solat in public.. inilah yg perlu dijaga.

    Di samping kita takda was-was.. kita jugak jangan jadi bahan untuk orang lain berfikir yang macam-macam.

    Contoh pakai kain jarang, seluar ketat. telekung terlalu banyak renda (sampaikan org ralit tengok telekung kita), pakai tudung pendek, extra minyak wangi sampaikan orang asyik dok fikir pasal minyak wangi kita jer) etc.

    Ini semua boleh buat kita or orang lain tak khusyuk solat.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. Raudhah & Irfa,
    Sama-sama.. kita buat la mana-mana yang patut selepas ni. Insya'Allah..

    ReplyDelete
  6. tq kak sham..best je baca benda-benda berilmu mcm ni :)
    Teruskan ye kak :))

    ReplyDelete
  7. Saya memang jenis yang pakai tudung bawah dagu. Tak pernah cecah leher, sebab saya ni jenis penggeli ya amat. Dulu masa kecik² bila saya pakai macam tu, kawan² cakap saya macam ustazah. Hahaha. Tapi bila dah akil baligh baru tahu yang cara saya pakai tu la cara yang betul sebenarnya, sebab itu dikira sbg kawasan aurat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. sangat setuju ngan k.syam... saya pun setakat ini kalau ada telekung memang akan opt utk guna telekung jugak. Apa pun memang ada masa yang kekadang perlu ambik khilaf yg ringan skit, contoh pernah kami berkayak, lambat sampai sebab angin. so terpaksa solat kat pulau yg takde orang, sedangkan telekung semuanya dalam bot, masa tuh pakai seluar track jer, stokin pun nipis sebab dah basah. Last2 kami solat dengan membalut kaki dengan tuala hihihi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt Sham,

    Terima kasih banyak perkongsiannya.

    :)


    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Saya seringg solat tanpa telekung. Tapi kalau pakai tudung yang tak ada pelapik dagu, saya bawa tudung tu ke depan dan pin kan supaya tak bergerak. Isu tapak tangan tu, saya pun was2 selama ni juga, so saya cover seboleh mungkin. Tapi dah Kak Syam kongsikan di sini, saya rasa lega...

    tq kak....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..Alhamdulillah..terima kasih..
    acik memang tak pernah lagi solat tanpa telekung..sentiasa usung telekung kemana saja..kerana kurang yakin nak solat tanpa telekung..terima kasih sekali lagi sham

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...