Beautiful Friends

Thursday, July 24, 2014

Rezeki orang kampung..

Assalamualaikum all,

Memang dah jenis and peil kami.. menjelang dzohor.. barulah mula merancang apa yang nak dimasak untuk iftar. Tapi cuma bila sesekali mood sedikit baik.. kami try to plan a bit earlier.

Dah jadi macam tu.. mulalah me and Omak sey ronda-ronda keliling kampung mencari bahan apa yang boleh dibuat lauk untuk iftar.


Yang dicari ikan sembilang.. tapi jumpa pulak ikan baung. At last selamat jadi masak lemak tempoyak with daun kunyit.


Yang ini memang sengaja dicari. Cuma bila kita berkehendak.. memang tak jumpa. Tapi bila kita tak nak.. ramai pulak orang berjual. Tapi at last jumpa di pasar tani. Mahal.. harganya memang tersangat la "boleh tahan". Tapi alhamdulillah.. lepas ni bolehlah tutup buku. Redha' je la kan. Benda nak jadi darah daging..


Mula kisah.. ada orang buat peil separuh merajuk. Ye la.. asyik kita jer yang masuk dapur kan. So.. dengan muka tak tahu malu.. mintak ke Omak sey tolong masakkan gulai ayam (extra podeh) and pajeri nenas. Cuma sedikit sedih.. the moment Omak sey dengar anak cucu nak balik berbuka puasa.. terus kadar cili api dikurangkan. Maka terkulat-kulat la Mak Dara ni makan dengan muka separuh feel (sobab tak podeh).

Tapi kan.. the morale of the story.. setiap lauk yang kita masak sendiri.. kita boleh yakin lillahi ta'ala.. bersih dan jauh dari segala anasir-anasir yang tak dikehendaki kan..

And projek pagi ni sesudah suboh kami turun padang menyalai daging and ikan sembilang lagi. Esok orang jauh nak balik Tanah Malaya dah..


Harap maklum je la kalau dah menyalai tu.. lepas ni nak mencari partner untuk dijudokan dengan daging and sembilang salai la pulak..

8 comments:

Aziela said...

Wah, busy betul Kak Sham yer...sodap2 pulak tu...hehehee

Shamsiah Abdul Rahman said...

Aziela,
Sementara masih di sini.. nnt2 bila dah balik sana susah dah nak dapat peluang macam ni.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodap tu Shamsiah.. daging salai joduh kan samo belimbing buloh..

Selamat hari raya buat Shamsiah sekeluarga..
Berhati-hati dijalan raya ^__^

Acik Erna said...

ikan sembilang memang kena salai sendiri sham..acik tak sanggup beli yang dah siap salai..rasa hanyir pulak..kalau buat sendiri kita yakin dah basuh bersih2 baru salai

azieazah said...

Wahh tu baru citer iftar. Belum masuk bab Raya lagi.

Kang tiba Raya, lagi la macam-macam mengadanya Mak Dara tu kan? kan? hahahaha

Mesti la kan? Bila lagi nak manja dengan Omak Sey tuuuu... Cewah!

Shamsiah Abdul Rahman said...

T.kasih Nur hayati,
Eid Mubarak..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Betul tu Acik,
Dulu Sham pernah beli yg ready made.. macam tak gamak nak makan la pulak lepas tu. Entahlah.. macam ada yg x kena jer..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Azie,
Bukan selalu pun.. baru 2-3 kali jer buat peil. Tp baru sekali ni la kena layan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...