Beautiful Friends

Thursday, July 17, 2014

LEMANG dan cerita lemang..

Lemang sepanjang tahun..


Yes.. kalau seandainya ada sesiapa yang nak balik kampung ke Kuala Pilah dan melalui jalan Seremban.. insya'Allah.. pemandangan orang berjual lemang panas adalah sesuatu yang sangat "common".

Biasa dijual dengan harga RM8.00 sebatang. Itu harga standard.

Tapi pernah jugak "orang kampung" kami suka suki charge Omak sey RM10.00 sebatang dengan alasan "buluh lemang" yang digunakan adalah "lebih special".. well.. sekali tu je la kami berurusan dengan Si Polan. After all.. kami nak makan lemang.. bukan nak makan buloh lemang.. aduhaiiii..

Unless katanya "buluh lomang untuk Acik ni bosa sikit".. well.. itu logik. Tapi kalau disebabkan dot dot dot.. sila sambung ayat seterusnya dalam hati sajalah.

Well.. ini bukan cerita dongeng.. tapi memang kena direct dengan kami.

And jugak pernah dalam satu kes Ibu and Cik Asben berhajat nak berbuka puasa dengan lemang.. dengan alasan kononnya.. lemang masih baru (kononnya buluh lemang pun belum LEBAM MACAM DAH 2-3 HARI NYER STOK).. maka kami dengan suka hati beli 5 batang.

Sekali sampai rumah.. bila dibelah.. kantoi sudahhh. Lemang "sambung" babe. Atas hat lain.. bawah sambung dengan hat lain. Yakni.. ini stok belen.. entah stok dari bila la tu.. dipotong dan diambil hat yang masih "sedikit" okey dan disambung dengan lemang stok yang lain. Ini bukan cerita dongeng.. tapi Ibu pun jenis tahu nak melemang.. so don't try to con me..

Okey itu sedikit pengalaman Ibu membeli lemang.
 
Tapi petang semalam.. alhamdulillah.. 2 batang yang kami beli.. memang berbaloi. Dengan cukup santan.. lemang pun padat.. kami cukup puas hati.

Haa..
Kisahnya.. Ibu ni jenis makan tak suka "kocoh kocoh". Or in other word.. tak suka kelam kabut. I like to take my time. Tak ada orang nak gegar suruh cepat or orang itu ini bertanya and macam-macam la.

Thus.. Ibu lebih selesa makan luar musim.
 
Kut nak makan pagi raya tu.. jangan mimpi la boleh sengeh-sengeh layan diri. Kejap-kejap orang ni panggil.. kejap-kejap orang lain pulak panggil.

Dah macam tu.. semalam.. terus pi pasar cari tulang untuk dibuat sup tulang. Sekilo dah cecah RM22.00 rupanya. Redha je la. Tapi tulang pun masih baru. Senang cerita macam ni je la.. ada rezeki extra kita beli la lebih sikit.. kut tak.. beli je la apa yang termampu.

Hence.. iftar semalam..

Presenting.. 
Sup tulang yang dimakan dengan lemang.

Tak tahu la dengan orang lain. Tapi bagi keluarga Ibu.. ini benda biasa.

Unlike others yang mungkin lebih suka makan dengan rendang daging or ayam.. well.. tekak and selera masing-masing kan.

Alhamdulillah.. wishlist yang satu ni dah boleh dipotong dari senarai yang masih berjela.

Okey.. sambung cerita lain kali..

Ibu nak cari pisang muda pulak ni. Ada rezeki kita buat masak lemak cili api. Partner dengan goreng ikan sepat masin and sekali dengan ulam yang di-judo dengan sambal gesek.

Masya'Allah..
 

12 comments:

ibundo said...

apo murah bona lomang. senia lomang sobatang dah tigoboleh ingget. Osah maha e. Tapi sobab nak makan lomang, boli yo lah.
Sodap ko makan lomang mo sup...

azieazah said...

Memang pelik la pada mata saya. Sebab lemang bersantan lemak tu macam ‘odd’ di-gu-kan dengan sup. heheh tapi tekak masing-masing.

Saya suka lemang juga, cicah la dgn apa saja yg pedas. Semua boleh on.

Pernah belajar buat lemang dgn arwah Wan di Jemapoh dulu. Skang ni, dah lupa. Dan gulung daun pucuk pisang tu pun dah tak reti.

Teacher Basariah said...

pertama kali tgk ni lemang makan dgn sup tulang..hmmm..mcm menarik jugak (^_^)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Baru ni balik iftar rumah FIL.. en suami beli lemang kat Gemenceh tu.. sedap sebab dah selalu beli kat situ.. pastu beli pulak rendang daging maman.. terangkat lah dua beranak makan ehe :)

Mila@Rimbun said...

sangat suka lemang makan dengan kuah kacang yum yum

Aziela said...

Kak, kek Alor Gajah ni, berboleh hengget sobatang kak oiiii. Tapi yang lomang sambung tu tak bulih terimo la kak..Buek doso yo urang tu...

Sey tak ponah laie try makan lomang dongan sup tu kak. Nak try lah maso mantai sok

Yong Is My Name said...

bestnya kaksham!!
first time tgk lomang mkn ngan sup..sodap eih??

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum all,
Alhamdulillah.. baghu lopeh bukak poso ni. Take 5 jap.. sonak poghut.. overload lak ari ni..

Lomang ngan sup tulang.
Ntah la.. pd kami okey je sbb sup tulang versi Omak sey mmg bertumis.
Then lemang pun lemak2 sebab ada santan tu kan.
So, bila mkn tu.. ada la minyak sikit2 tp entahlah.. dah biasa mkn mcm tu.

Yg lain2 mcm dgn rendang ke.. serunding ke.. atau dgn kuah kacang pun layan jugak.

Apa2 pun boleh.. cuma takut kempunan nak mkn masa pagi hari raya, so nak selamat.. tu yg siap2 makan.. bahan pun sng nak dapat.

rostina76 said...

pelik ni k.sham……1st time tgk org makan lomang dgn sup. hehe

Acik Erna said...

assallam sham..dirumah acik pun..semua boleh jadi judu lomang ni..
acik jarang boli lemang..bila teringin bagi tau abang dia buatkan guna pulak pulut susu..mai ai..sodap bona sham..
hari ahad sebelum raya nak bakar lomang la ni

Acik Erna said...

assallam sham..dirumah acik pun..semua boleh jadi judu lomang ni..
acik jarang boli lemang..bila teringin bagi tau abang dia buatkan guna pulak pulut susu..mai ai..sodap bona sham..
hari ahad sebelum raya nak bakar lomang la ni

Sal Bee Yah said...

raya memanjang kat kolumpo..tak pernah melomang lagi.hehe.murahnya rm 8 sebatang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...