Beautiful Friends

Thursday, April 12, 2012

Meggi ketam bertumis


Hi all,

Entri terakhir sebelum masuk tidur (tapi) mentang-mentanglah hari ni Kuwait hujan.. perut asyik laparrrr je. Tapi bukan perut Ibu, tapi masyarakat dalam rumah ni la. Jam 11.30pm Ibu masih lagi di dapur menunaikan hajat Cik Asben. Sebenarnya lama jugak dah Cik Asben berhajat.

Ni semua angkara terlebih gugel kat Forum Cari la ni. Kononnya meggi ketam ni sangat laaaa sedap. Makanya dengan usaha campak-campak, tercapai sudahlah hajat Cik Asben tersayang. Dengan muka senyum, habislah sudah semangkuk meggi. Aman laa orang tu tidur malam ni. Cuma Ibu sahajalah yang kena balik back to square one.. mana boleh dapur tinggal tunggang terbalik begitu sahaja kan kan kan. Kalau ada yang nak try, resepi ada di bawah ya..

Bahan-bahannya;
Meggi perisa kari (nak try lain pun okey je)
Seekor ketam - dicuci dan dibelah 2
* 1/2 biji bawang besar
* 3-4 ulas bawang putih
Sayur - ikut sukalah
Cili api - kalau nak pedas lagi

Cara-caranya;
1- Ketam direbus hingga masak, keluarkan ketam dan ketepikan.
(airnya jangan dibuang)
2- Bahan-bahan * ditumbuk sedikit lalu ditumis hingga naik bau.
3- Masukkan air ketam dan biarkan ia mendidih.
4- Masukkan serbuk perasa meggi dan digaul serata.
5- Setelah itu masukkan meggi.
6- Masukkan sayur yang disukai.
7- Jika masih tidak cukup pedas, bolehlah dimasukkan cili api yang telah dipotong serong.
8- Perasakan dengan garam jika perlu.
9- Dah siap.

Hawally.. jam 1.45 petang selepas dilanda hujan..
Sejuk weihhhh.. macam kat Tanah Malaya la pulak..




2 comments:

  1. Sedapnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. memang sedap & terangkat maggie ketam ni!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...