Beautiful Friends

Friday, April 20, 2012

Nasi lemak bungkus, Hawally


Selamat tengah hari semua..

Hari ini tidak ada resepi untuk dikongsi bersama hanya sekadar cadangan untuk hidangan makan pagi atau mungkin juga merangkap makan tengah hari. Tinggal jauh dari lingkungan keluarga dan kampung halaman ada ketikanya menggamit nostalgia lama hatta mulalah perut turut berkeroncong minta diisi. Pada ketika yang sama mulalah berimaginasi untuk makan itu dan makan ini. Ohhhh, alangkah "best-nye" jika semua itu menjadi kenyataan.

Namun semua itu tidak mungkin dapat dinikmati kerana tinggal di negara Pasir Berdengung ini dengan keadaan yang ada ketikanya amat membataskan tekak dan selera. Tapi tahun ini Ibu bertekad untuk menjadi lebih perihatin dan peka pada tekak serta selera keluarga. Oleh itu, tahun lepas dengan persediaan yang serba sederhana Ibu pastikan kertas "pembungkus nasi lemak" tidak terlepas pandang dari senarai "wajib dibawa". 

Ketika di Tanah Malaya, Ibu sempat menolong Bonda berniaga nasi lemak. Walaupun bukanlah beroperasi dari restoran besar namun alhamdulillah, rezeki yang dibawa pulang setiap hari amat lumayan. Siapa sangka dengan hanya berniaga nasi lemak dari seawal jam 7.30pagi hingga lewat 10pagi (ada masanya terpaksa dilanjutkan hingga jam 11pagi), Bonda dan keluarga di Tanah Malaya mampu hidup selesa seperti hari ini.

Mungkin tidak keterlaluan jika Ibu katakan "aura" air tangan Bonda  turut melekat di tangan Ibu. Maka anak-anak dan suami serta ada ketikanya rakan-rakan juga memuji masakan ibu ada "umphhh".

Jika pada kebiasaannya kita hanya menjamu nasi lemak pada keluarga dengan hanya beralaskan pinggan atau apa-apa yang sesuai dengan maksud tersebut, apa kata kali ini kita lebihkan sedikit usaha dengan membungkus nasi lemak di dalam kertas beralaskan daun pisang. Walaupun rasanya tetap sama, namun "presentation" serta aroma dari daun pisang mampu membangkitkan lagi rasa nasi lemak tersebut.

Akhir kata, jika kita ikhlas.. insya'Allah hasilnya lebih "berkat".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...