Beautiful Friends

Wednesday, July 25, 2012

Sotong goreng kunyit yang tak cukup kuning..

Menyampaikan hajat orang puasa. Dugaan berpuasa ni pada yang dewasa mungkinlah hanya pada hawa nafsu ie. shoping wise dan yang sewaktu dengannya. Takkan laa dah umur separuh abad pun masih "sengsara" nak berpuasa mencukupkan satu hari gamaknya. Tapi pada anak-anak tentu lain dugaannya. Nak makan itu la, nak air ini laa. By the time azan berkumandang, dapat air seteguk.. abis semua lupa.

Samalah seperti anak-anak Ibu, masing-masing dok bagi senarai nak makan itu dan makan ini. Petang ni si Bujang Sulong sebenarnya berhajat nak makan lauk "ayam sambal" tapi last minute dia tukar selera nak makan sotong goreng kunyit pulak. Pada Ibu, alhamdulillah sangat laa sebab Arif memang suka makan kacang. At least Ibu dah tak payah pening kepala nak fikir nak masak sayur pulak.

Kalau ada yang berhajat nak mencuba, boleh laa lihat resepi seperti di bawah;


Bahan-bahan
Sotong sederhana saiz
Cili merah - dipotong serong
Bawang besar - dimayang
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk memasak

Cara-cara
1- Bersihkan sotong dan potong mengikut cara masing-masing.
2- Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
3- Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk mengeringkan air sotong)
4- Selepas air sotong tu dah kering, boleh la masukkan sedikit minyak
5- Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili merah.
6- Perasakan dengan garam (jika perlu).
7- Gaul sebati.
8- Setel dan sedia untuk dihidangkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...