Beautiful Friends

Tuesday, July 24, 2012

Asam pedas ikan parang

Khatam sudah.. satu lagi wishlist makan-makan sudah termakbul. Bukan mintak kijang panggang pun, cuma setakat asam pedas ikan parang. Sebetulnya Ibu boleh masak sendiri, tapi kali ini Ibu nak Omak yang masak. Kata laa Ibu mendera sekali pun, tapi dah setahun sekali kan.. bila lagi nak mengada-ngada.

Sememangnya semenjak dari duduk di asrama lagi, ini laa lauk kegemaran Ibu. Kalau setiap kali Omak datang menziarah seboleh-bolehnya memang Ibu harap Omak akan bawak lauk ni bersama. Walaupun, ikan parang banyak tulang, tapi itu laa Ibu paling suka.

Tahun lepas memang Ibu sempat jugak merasa lauk ini tapi macam tak aci laa sebab bukan Omak yang masak, tapi Kak Miss. Rasa masakan memang tak jauh beza sebab memang Omak dah train Kak Miss masak mengikut resepi Omak.. tapi ntah laa. Rasa macam tak cukup sifat saja.

So kali ini, Ibu dah boleh slash terus lauk ni dari wishlist. Even lepas ni kalau Omak tak masak or Kak Miss yang tolong masakkan, memang tak ada isu "kempunan" lagi dah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...