Beautiful Friends

Saturday, July 14, 2012

Khatam sudahhhhh..

- Bahan bukti A -
Bersarapan roti canai telur 2 biji, roti susu dan roti planta gula.. khatam..

- Bahan bukti B -
Lunch at Kenny Rogers.. khatam sudah..

Ini semua antara tempat wajib makan my 3 heroes. Sebenarnya dia orang ni tak ada laa demanding sangat macam mintak satay rusa ke, nak pari goreng berlada ke, nak masak lemak daging kijang ke.. menu yang biasa-biasa sahaja. Cuma memandangkan bulan Ramadhan dah semakin hampir dan Ibu pun ada jugak urusan lain yang nak kena diselesaikan so memang laa terpaksa bermarathon demi nak menyampaikan hajat dan wishlist anak-anak. Bila dah khatam, khalasss... memang dia orang tak akan ungkit lagi dah.

Tapi kalau wishlist Ibu memang sedikit complecated.. tapi kalau tak sampai hajat pun, no prob.. dah tak ada rezeki kan..

Kesian ke kita orang kan.. gamaknya bila balik Tanah Malaya peil masing-masing macam pi vacation la pulak. Siap check-list.

Ini pun dia orang dah tanya.. "bila nak bawak naik train Bu?".. alahai...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...