My happy thought..
Apa lagi kalau bukan balik kampung and pi pasar tani. Seronok bukan kepalang. Sampaikan gambar batang keladi pun nak snap jugak. Katalah Ibu jakun ke apa-apa pun. As long as Ibu tak kacau orang.. biarlah Ibu gembira with my own world.
Seronok bila dapat tengok and pegang segala sayur-sayuran, ulam-ulaman dan macam-macam lagi. Rasa semua nak beli. Semua nak masak. Tapi cukuplah kalau beli sekadar yang dalam list sahaja dulu. Insya'Allah, ada rezeki.. sampailah hajat Ibu nanti.
Alhamdulillah semua yang disenarai dalam list ada "jumpa" di pasar tani Kuala Pilah ni. Dari hat menapau untuk sarapan pagi sehinggalah yang hendak di masak untuk lunch pulak.
Memang seribu rahmat jika dapat terus begini. Tambah bagi kami yang sememangnya tekak dan perut Melayu asli ini.
Subhanallah.. rezeki dan nikmat mana lagi yang hendak dipertikaikan.
Dalam senyuman ini juga Ibu menadah tangah berdoa akan keberkatan dari-Mu Ya Allah. Semoga majlis kami ini Kau berkati dan rahmati. Serta segala doa dan hajat kami Kau perkenankan. Serta semoga sampai juga hari yang kami nantikan itu kelak.. insya'Allah..
Alhamdulillah.. selesai sudah majlis..
Lamo tu sham bercuti. Sompek nak buek samba daun kayu hehe..
ReplyDeletePasar tani kek pilah tu memang memacam ado jua. kalau poi sanun tu nak boli ni nak boli. memang jakun dibuek e.
Assalam k.sham..
ReplyDeletememang nikmat dan rahmat tuh dpt kepasar tani..selalunya kan akak sll beli ngan apa nama mamat tuh..boby yer?inshaallah semoga satu hari nanti akan datang jugak msnya dimana kita leh kepasar begini selalu..:)
Bundo,
ReplyDeleteSanun sekolah tongah cuti summer ni Bundo, 3 bulan.
Daghi dok sanun tepoghap dlm ghumah dek paneh, baik balik kampung ngonalkan bebudak ni ngan kobau, lombu, itik, ayam, lintah ngan pacek.
Kut tak pun biar deh konal ngan uwan, atok ngan nek moyang eh.
Jangan sok belago siku pun tak konal.
Malu Sham kak.
Jangan sok koba dek oghang lak, memontang dok obersi.. sumo eh tak ghoti dah.
Alaikumsalam Ummu,
ReplyDeleteSebenarnya Bobby tu perempuan Ummu.
Nama dia Rabiah, cuma nama panggilan Bobby.
Insya'Allah.. nanti Kak Sham up satu entri utk kenalkan Bobby tu.
Tapi mmg best dpt pi pasar tani, semua yg segar. Semua yg ada.
seronoknyer dapat borong sayur2 n ulam2 kampung yer. Kat KL ni agak susah nak dapat dan mahal plak tuh.. kalau balik kampung tuh mcm semua nak angkut bawa balik hihi
ReplyDeleteMajlis doa selamat ke ni kak..
Kat KL ni Mila semua yg mahal.
ReplyDeleteTapi nak buat cmana kan.. selagi ada yg sanggup membeli.. macam tu la hasilnya.
Ini majlis doa selamat utk menyambut bulan Ramadhan.. serta doa kesyukuran.. insya'Allah bulan puasa ni K.Sham, Omak & Ayah nak jalan jauh. Mudah-mudahan sampai hajat kami.