Beautiful Friends

Sunday, June 2, 2013

Kencing kotor - penyebab dan rawatan.

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

Penyebab kencing kotor yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pencegahan masalah kencing kotor

Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.

Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap. Ia juga membenarkan bacteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.

Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibu-ibu  yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.

Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Kepada mereka yang mudah mendapati kencing kotor berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan kencing kotor, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

10 comments:

  1. Sama-sama Yong.
    Tanya Tok Wi & Miss Gugel je.
    Biasalah, dah kena.. baru nak cari ubat..

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing... takut jugak kalau terkena kan..

    ReplyDelete
  3. Mila,
    Kat sini kalau kena kencing kotor, solution paling cepat.. masuk air la.
    Since, renyah sangat jumpa doktor.. sendiri jadi doktor la.

    ReplyDelete
  4. aduh!sy ni tgh kena la ni.
    kerap kena sbnrnya.
    klu pggang dh start sakit,ari-ari dh kejang semcm,mmg tau sgt dh..
    sy minum ubt lawas kencing,air kosong 2 L cpt la hlg.
    tp tgh posa ni,tahan je la

    ReplyDelete
  5. rajin sis berkongsi info.

    kalau kena jangkitan kuman, memang kena ambil antibiotik. nak yang natural, makan bawang putih.

    gojesmami@blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Thanks Gojes Mami.
    Will keep that in mind.

    ReplyDelete
  7. Org laki pun petua yg sama ke akak?

    ReplyDelete
  8. Tak semua tips ni utk org perempuan.
    Ada jugak yang org lelaki blh cuba.
    Pilihlah mana-mana yang bersesuaian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...