Tinggal
di perantauan, mungkin indah bagi sesetengah orang. Lagi indah apabila
membayangkan ribu-riban yang masuk ke poket setiap bulan. Namun yang tidak
diketahui ramai, tentang "kos" yang terpaksa ditanggung. Dari kos
makan, pakaian, kereta, rumah, pendidikan anak-anak, hutang-hutang di Tanah
Malaya serta "force saving" yang perlu diingat kerana kami mungkin
tidak sebertuah orang lain yang mampu dapat faedah pinjaman pelajaran untuk
anak-anak seandainya berhajat untuk menyambung pelajaran mereka di tanah tumpah
darah ku kelak.
Namun,
masih ramai lagi yang lebih bertuah dari Ibu maka cerita mereka mungkin
berbeza dari versi Ibu. Alhamdulillah. Sesungguhnya.. dugaan dan ujian Allah
itu datang dalam pelbagai bentuk.
Dengan
sebab itu, selalu saja Ibu ingatkan anak-anak tentang "value" duit.
Tentang pentingnya beringat untuk menyimpan, tentang susah-senangnya untuk
mendapatkan wang. Pentingnya berhemah ketika berbelanja. Serta beringat sebelum
sampainya masa susah.
Oleh
itu, Ibu sisipkan di sini satu kisah. Agar darinya anak-anak Ibu dapat sedikit
faedah darinya. Ingatlah, tidak semua itu boleh dibeli dengan wang ringgit.
Jauh sekali dari nilai sebuah kebahagian.
Dan
ingatlah.. pengorbanan sang Ayah itu bukan hanya dilihat dari wang ringgit yang
diberi, tapi lebih mendalam maksudnya dari itu.
Sekadar
berkongsi cerita.
Pagi tadi :
Pagi tadi :
Pergi ke bank, untuk mengunakan cash deposit atm. Di belakang, ada seorang
pakcik berdiri.
"Nak, boleh tolong pakcik?"
"Nak, boleh tolong pakcik?"
"Ya, boleh pakcik"
"Tolong pakcik masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari
ini pegawai tu takda".
"Duit untuk anak pakcik ya?"
"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"
Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping = rm50, dan sekeping rm100..
Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping = rm50, dan sekeping rm100..
Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
"Pakcik ada duit lain?"
"Tak ada nak"
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7
sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor..
Dalam hujan renyai..
Dalam hujan renyai..
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah bersungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu.
P/s;
Moral of the story.. fikirlah sendiri..
Kak Sham
ReplyDeleteFarah baca ni dalam fb. Masa baca terus teringat kat arwah papa. Jadi air mata laju je mengalir. Sedih sangat.
Farah,
ReplyDeleteIni pun K.Sham copy paste dari FB jugak.
Mmg sedih baca.
Lagi sedih fikir anak2 hari ni kurang pandai nak value duit.