Beautiful Friends

Tuesday, June 18, 2013

Tiada rahsia antara kita..

Memang yang "dua" ni dah sejak mula kami kenal Secret Recipe.. memang ini sahajalah yang Ibu and Amsyar makan. Kalau dicuba pun yang hat lain.. selang seminggu dua sure akan mencarik yang ini jugak.

And since kat dalam SR ada free Wifi.. maka dengan tanpa segan silu kami minta "password" and tanpa melihat menu.. terus sahaja ini jugak yang kami pinta.

As for SIL, terpulang pada dia anak-beranaklah.

Memang kami jenis family yang enjoy makan. Tambah macam kami yang dah siap dengan wishlist ni.. tidak langsung buang masa dengan benda remeh-temeh. Bulan ramadhan dah semakin hampir. So maknanya.. peluang  kami makan-makan di luar jugak semakin suntuk.

Biasanya bulan ramadhan kami hanya masak di rumah.. jarang ke bazaar atau makan-makan di luar sebab Omak and Ayah tidak mahu terlepas peluang berjemaah terawih di masjid berdekatan dengan rumah di kampung.

And hari ini, alhamdulillah.. lagi sekali nasib menyebelahi kami. Dua jenis yang diminta seperti di bawah.. keduanya secukup rasa. Senyum simpul anak-anak sebab sampai hajat di hati sambil perut juga yang dah perut penuh diisi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...