Assalamualaikum all,
Masa Ibu mula-mula sampai di Kuwait dulu, kes ni kira memang tengah "panas" la kiranya. Mana-mana pun kecoh la orang bercerita. Walaupun tak diketahui hukuman yang bakal diterima, tapi ramai yang meramalkan "death" will be the end solution.
Emir di negara kami menumpang hidup ni memang cukup baik hati. Banyak sudah status pengampunan yang diberikan kepada para pesalah. Bukan itu sahaja, Emir jugak pernah tempah satu flight khas untuk para banduan dengan diiringi Pak Polisi untuk mengerjakan HAJI. Just bayangkan.. satu kapalterbang KHAS hanya untuk para banduan. Subhanallah..
So, dalam "tempoh penangguhan" tersebut.. ramai la yang tertanya-tanya.. Emir dah bagi pengampunan ke? Bila nak gantung ni? Apa jadi dengan kes ni?
Then, Ahad lepas.. selepas banyak tahun hukuman tertangguh, akhirnya perogol kanak-kanak yang sangat dikehendaki ini menerima hukuman yang dijatuhkan.. apa lagi bukan GANTUNG HINGGA MATI. Cuma yang mengerikan, selain mendapat liputan meluas dari pihak akhbar.. ia juga dipaparkan di televisyen.
Kalau Malaysia.. ada berani ke??
Bagusnya kalau malaysia buat hukuman gantung sampai mati kepada perogol kanak-kanak.
ReplyDeletebagus kalau dipaparkan camni kan... buat pengajaran semua. Kat sini kita pun tak tau dah dihukum ke idokkk
ReplyDeleteLain padang lain belalang. Tunjuk kat tv? Heeee ngeri.
ReplyDeleteDearest Farah, Mila & Azie,
ReplyDeleteMmg Malaysia lain caranya dibandingkan dgn hukuman di Negara Gulf..
Tapi seandainya pendekatan menyiarkan hukuman sebegini pada tatapan umum, rasanya.. serik jugak org nak buat "peil ...." tu.