Malam seribu wangian.. well actually.. kedai ni tak adalah sampai "beribu" jenis minyak wangi. Tapi by the end of our trip, memang hidung masing-masing dah carca-barba dek macam-macam bau.
Yang ini memang masuk dalam list wajib bawak balik. Kebetulan Atok and Atok Ayah budak-budak ni memang rajin pakai minyak wangi tiap kali nak solat. Pernah once arwah sepupu Ibu pesan, ".. nak keluar jumpa kawan pun kita nak wangi.. nak cantik. Nak jumpa Allah pun macam tu jugak". Tetiba ingat lak kat arwah Bang Long.. Al-Fatihah.
Pilih mana satu idaman hati. And of course, ikut budget la. Bekas jer yang cantik tapi isi dalam.. seciput je. Ada jugak yang botol besar/penuh. Yang itu kira lain harga la. Tapi dah yang berhajat nak botol macam ni.. kita ikut jer la.
Kemenyan arab. Well, that's what Ibu call it. Macam-macam bentuk and ada macam-macam wangian. Pilih jer. Arrr... tang pilih tu yang tak tahan. Hidung dah "ting-tong" time tu.
Antara rak yang tayang-tayang segala jenis bau-bauan. Kami tak la test semua. Sebab dah ada yang regular and favorite. Target yang dalam senarai jer la.
Dari yang kontemporari hinggalah ke yang "Arabian Flower". Itu harga untuk 100ml. Kalau ikut currency MYR, darab la 11. Kalau bukan sebab kami dah regular, memang tak masuk la ke kedai ni. Mujur dia orang bagi good price. Kut tak.. tak mampu la kami..
Antara gift-box yang dijual dikedai ni. Actually, ini jer yang available. Yang lain semua dah selamattttt. Maklum saja, during summer ni banyak majlis keramaian di sini. Satu kebiasaan bagi the local. Dah nak masuk Ramadhan ni, ramai la yang nak kawin.. and macam-macam lagi la.
Ini bukan minyak wangi, tapi body-lotion. Wangiiiii sangat. Sayang nak pakai. Biasa kami dapat percuma tiap kali datang ke kedai ni. Tapi kali ni kami ikut taste anak-anak. So dia orang punyalah. Hat yang kami punya.. tak luak pun lagi.
Inilah kedai yang selalu kami ziarah. Terletak di Al-Muthana Complex di Kuwait City. Kat sini bukan setakat minyak wangi, designer watches, handbags (kulit base tapi jenama macam-macam), kasut and segala jenis eksesori wanita dijual. Tak boleh datang selalu. Bahayaaaa..
Akhir qalam, since siang tu Ibu dah dua kali makan nasi.. so malam tu Ibu denda diri sendiri makan salad saja. Tak boleh la sayang oii. Umur dah macam ni, excersice kurang tapi nasi lebih. Kena jaga la jugak kan kan.
P/s;
Kenyang jugak..
Mesti mahal2 kan perfume ni
ReplyDeleteSalam Kak Sham
ReplyDeletejadi balik malaya kan?
bila kita bleh jumpa ni
buku purple tempahan kak sham dah siap
saya free kecuali dari 22 jun hingga 5 Julai saya off to somewhere..so kalau gitu jumpa bulan pose ka meh datang buka pose rumah saya..hihi
err cantik botol minyak wangi tu..
Dik Teena,
ReplyDeleteMaybe mahal sikit dari yg biasa sebab yg ini jenis "pekat".
Bau nyer tahan 2-3 ari (kalau x mandi la)
Tapi kalau calit kat baju, seminggu pun tak hilang lagi.
Alaikumsalam LW,
ReplyDeleteInsya'Allah jadi.
KakSham,
ReplyDeletedulu-dulu bau depa tak boleh masuk sgt
sekarang ni dah macam ketagih sedapnyer..
Yong,
ReplyDeleteK.Sham siap boh tag kat botol minyak wangi.
Senang nak pi cari lagi kalau habis.
Especially yg Arabian Flower.
Sedap/manis bau dia kan kan..