Beautiful Friends

Sunday, May 3, 2015

Jalan-jalan cari KARPET..

Dah hampir 2 tahun jugak kami tak ke sini. Ye la.. nak buat apa pulak.. Souk Juma atau 'Pasar hari Jumaat' ni dibuka setiap petang hari Khamis dan ditutup petang hari Sabtu.

Macam-macam jumpa.. macam-macam boleh dibeli tapi kebiasaannya tujuan kami ke sini hanya dengan satu maksud sahaja.. nak cari karpet.

And dengan 'kejadian' yang baru ni.. kami ada alasan yang sangat kuat untuk mengganti karpet baru.


Parking kereta..
Kut datang sini.. actually datang ari apa pun as long as kalau semua dah celik mata.. memang susah la nak mencari parking yang dekat dengan pintu masuk. And tu sebab la tak berapa suka nak mai sini.. jenuh nak menapak. Tambah pulak kalau bawak anak..


Ni la contoh pokok kurma/tamar pacak. Rasanya baru jer projek ni mula.. tanah pun merah lagi.. years to come.. redup la sikit kut mai sini. Harap-harap nyer la.

Takda alasan nak tuang solat..


Baca doa banyak-banyak..
Jangan tersasar dari keperluan asal..

Jenuh la nak menyusun semula segala karpet yang tumbang tu..

 
Ada yang berkenan ke?

 
Mujur jumpa bakalah.. masing-masing dah mula basah ketiak.. kering tekak..



 

Macam-macam pun ada..



Dah mula dengan aktiviti 'selak-selak'..

Karpet kat sini ada macam-macam. Nak bulu tebal.. nipis.. lembut.. kasar.. tepok poket.. layan diri. But since Ibu cuma nak cari karpet yang nak boh kat dapur.. as long as tapak kaki dah beralas.. alhamdulillah. Ibu ni jenis tak tahan sejuk.. nak pakai stokin.. macam orang dalam pantang la pulak rasa.

Dah tu.. jenis karpet pun.. ada yang karpet dari Iran.. Belgium.. ntah.. macam-macam la. Kita orang ni bukan jenis yang 'beriya' sangat. As long as serve the purpose.. alhamdulillah.


Okey..
Nak cerita pasal porter (yang pakai baju biru tu)
Di sini.. mana-mana pun ada porter.. kat epot.. kat pasar ikan.. kedai kain. Bab gaji.. rasa ada gaji tetap kut tapi entahlah.. kita orang biasa kalau pi pasar ikan atau mai sini.. memang kena guna porter ni la. Tak larat rasanya dah seret barang-barang ke sana-sini (kut banyak sangat la).

Then bab bayaran tu.. atas budi bicara kita la.

Tapi kalau porter kat epot.. memang ada fix charge.. 1/2KD.

Tapi ada jugak yang demand.. especially bila tengok kita jenis yang tak berkira. So, kena be firm kalau dengan dia orang ni. Dia orang pun manusia jugak.. bukan semua jenis 'terima' jer apa-apa yang dapat.

Pernah sekali Ibu nampak sorang porter dok bertekak dengan sorang Pok Sheikh ni.. at last Pok Sheikh tu lambung jer duit syiling.. dah bengang sangat la tu. Yang si porter tu.. dari tak dapat apa langsung.. kutip jer la apa yang ada.





Area segala suku-sakat kain.
Kalau rajin nak pi selongkar.. sure jumpa nyer yang berkenan. Harga pun lebih murah dari kat kedai kain yang lain.

Renda dan reben..






Baru.. secondhand.. pilih jer la..

Jubah pun ada jugak..

 Sesak-sesak.. kat sini pun boleh beli barang-barang dapur..

Bakalah lagi..



 
The bling-bling..

Kan dah kata.. macam-macam ada..

Bateri dah kong..

A Roy D..
Kedai makan ni cuma ada 4 meja. 1 meja cuma boleh tampung 4 pelanggan. So kalau nak mai sini.. harap maklum jer la.

Istimewa nyer kedai makan ni.. selain dari harga yang lebih murah.. cepat and most of all.. very customer friendly. Family kami memang sejak dari Arif berbedung dah makan di sini. And kebiasaannya.. dalam sebulan.. 2 kali jugak kami akan datang ke sini. Murah nyer pasal kan. Kalau pi ke Oriental Cuisine.. dengan jenis lauk-pauk yang sama.. biasanya kami kena charge dalam 20-23KD jugak. Tapi kalau kat sini.. separuh babe. Rasa memang la ada sikit beza.. tapi itu terpulang la. To us.. okey jer.

Masuk Arab Times lagi..

Kat kedai ni cuma ada sorang tukang masak (yang dalam gambar) while yang ambik order.. the husband. Cuma over the weekend.. ada la anak ke.. menantu ke.. yang datang tolong.

FYI..
The auntie tu memang fasih berbahasa Arab. Ambik order pun tak yah nak guna pen.. kertas segala. Otak memang boleh simpan all the orders spontaneously. Dia orang ni both from Thailand.

Tomyam campur..

Jumbo shrimp..

Ayam halia..

Popia.. Ibu larat makan ni jer malam tu..

Nasik air.. nak kena repeat lagi ni..


Kalau boleh abis air ni.. memang salute la..



Selain dari kami.. ada 1 family mix.. Bangladesh + Pinoy yang asyik dok kata kita orang ni orang Indon to their kids.. adeihhhhh.. pedih jer telinga. Rasa nak jer pi perbetulkan statement dia orang tu. Then ada satu lagi mix couple.. Tok Sheikh and the wife yang macam orang Philippine and their kadama. And last sekali sorang brother Arab. 4 meja.. khalass..

Selingan..
Ini budak yang pantang jumpa anything bout Japan.. terus lupa mak bapak orang keliling..

And that night we have 1.. ehhhh.. 2 happy people sebab dapat karpet baru.. ada jugak sorang tu sama terjebak jugak.. orang dah bujang la katakan..

Maas'salamah..

4 comments:

  1. acik pun raso e dah botahun tak boli karpet ni sham..
    somalam adik ado tunjuk gambar karpet ..dio tau akak e ni menag maleh bona nak boh karpet ke rumah

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee sedap tomyam campur tuu ;p

    ReplyDelete
  3. Acik,
    Ghumah kek kampung ado gak la karpet solai duo. Ayah tak tahan abuk.. dio asma.

    ReplyDelete
  4. Alaikumussalam 3 lalat,

    Tomyam tu.. so-so la. Cukup rasa.
    Tapi kut kat Kuwait ni ada lagi satu kedai yang tomyam dia memang unbeatable. Org M'sia kut tak tau kedai ni 'wujud'.. makna nyer dia orang tak abis ngaji lagi la tu.

    Ada rezeki.. kita share..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...