Beautiful Friends

Sunday, June 7, 2015

Belajarlah menghormati MASA.. dan nasik mandhy penjara..

Ramadhan Kareem.

Insya'Allah.. kurang dari dua minggu lagi kita dan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Mudah-mudahan.. akan sampai jua rezeki kita untuk menunaikan kewajipan dan tanggungjwab Rukun Islam yag ke-3 iaitu berpusa di bulan Ramadhan.

Tak tahulah macam mana sambutan di Malaysia. Tapi di sini.. biasa-biasa saja. Tidak ada iklan menjual buah tamar di television. Ntah la..

Cuma bagi kami (personally) anak-anak or even kami sendiri.. akan mula bukak list untuk pi makan sana-sini. Maklum saja.. during Ramadhan semua kedai makanan akan ditutup pada waktu siang hari dan hanya akan dibuka semua selepas azan maghrib.

Dah jadi macam tu.. nak repeat ke tempat yang jadi pilihan mungkin susah sedikit sebab selepas terawih biasanya akan ada acara lain menanti.

And kali ni.. nasik mandhy penjara jadi pilihan.

Ahlan..ahlan..
(panas ni weiiii)

Lokasi yang sedikit jauh dari Hawally.. sedikit terpencil.. walaupun dalam keadaan cuaca yang panas berdenting ni.. kami ikhtiarkan jugak. Especially bila Ibu sendiri yang dah bukak mulut.

Lokasi.. 
Area Kabd. Di sini jugak ditempatkan (khabarnya) penjara terbesar di Kuwait. And for that reason.. kami and the geng.. suka-suki bagi nama.. Nasik Mandhy Penjara.

Nasik mandhy kambing..

Nasik mandhy ayam..

Satu talam besar saiz macam ni.. boleh la layan 5-6 orang dewasa sekali jalan. Actually portion kambing or ayam tu kita boleh request kalau nak tambah lagi. Ikut 'kemampuan' masing-masing la.

Actually.. last sekali kami pekena nasik mandhy ni was November last year. So dah enam bulan jugak la.. baru boleh repeat ke sini lagi.

Ulam jerjer is a must..

Ulam jerjer ni memang banyak khasiat. Sampaikan ada syair Arab yang mengatakan.. 'betapa baik dan berkhasiatnya ulam jerjer ni.. maka tanamlah ia di sekeliling katil mu'. Faham kan kan..

Sedikit payau.. kelat-kelat sikit. Tapi pada yang dah biasa.. ntah.. sedap jer layan. And if Arif to be given the choice.. he would prefer perah sikit lemon atas jerjer tu. Actually memang itu pun cara sebenar nak layan ulam jerjer ni. Tapi kut Ibu.. I prefer it plain.


Sos tomato yang lemak dah tak pedas langsung. Tapi kut tak ada sos tomato ni.. macam tak cukup sifat jugak nasik mandhy ni.


Sebelah ulam jerjer tu ada kuah kari yang tak macam kari langsung. Tapi dalam tu ada la kentang seketul dua. Also is a must (pada kami). Pok Sheikh.. biasa yang kami nampak.. makan kering jer nasik mandhy ni. In short.. sendiri adjust la nak makan macam mana pun. Tapi kentang tu.. memang wajib. Ntah la..

Everything.. for me..
(setelah beberapa kali bertambah nasik and ayam)

Boleh pilih sama ada nak makan dalam talam or atas safrah (yang lapik plastik tu la). Mana-mana pun.. lepas makan senang kerja dia orang nak sekali gulong sisa-sisa makanan. Setel.. tak ada risau nak sapu saki-baki makanan atas karpet or whatsnot.

And actually.. inilah sambungan dari aktiviti kami selepas selesai bersembahyang di masjid cantik Jumaat lepas. Area Kabd ni dah dekat sangat la dengan Surro.

Cuma sedikit luar kebiasaan la kaum wanita nak makan sama di restoran ni. Tapi still tak menjadi kesalahan pun. Ada petak-petak makan yang disediakan. So.. pada yang datang dengan keluarga.. still manis.

Yang tersandar kekenyangan..

Santai selepas satu dulang kambing berjaya dikhatamkan..

Satu lagi diingatkan.. sebaiknya bersedialah dengan perut yang bersaiz elastik dan pakaian yang selesa. Makan di sini.. biasanya big portion.. and sedap. Kalau tak.. takkan la kami sanggup datang dari Salmiyah.. Qurtubah.. Jabriyah.. Hawally.. semata-mata nak mencari nasik mandhy yang satu ni.

Dan selepas ni.. kut sampai rezeki lagi.. insya'Allah mungkin selepas semuanya balik berkumpol semula selepas cuti musim panas atau cuti hari raya pulak. Lama lagi tu babe.

Silap-silap..next year pulak la kami dapat berkumpol macam ni lagi.

Panjang umur.. fi fulus.. ada la rezeki tu. Insya'Allah..

Assalamualaikum..

6 comments:

  1. Waalaikumusalam..bnyk betol portion dia..makan ramai2 mmg best..

    ReplyDelete
  2. ayamnya tak gebu mcm kat sini ... agak2 kat pasaraya sini blh tak jumpa jejer ni ...

    ReplyDelete
  3. Nasi mmg feveret saya kak. Tp tu la..kok dapek cili.api ompek limo biji pun takpo dah. Laju lah susut talam tu

    ReplyDelete
  4. Tang nasik tu memang banyak Shahida.
    Kami yang setalam ber-6 pun tak abis makan.

    ReplyDelete
  5. Vee,
    Ayam di sini semua comel-comel.
    Macam ayam dara je saiz nyer.
    Jerjer.. pernah jumpa di JJ (try cari rocket leaf)

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Biaso ehh.. kut makan di ghumah.. memang siap ngan kuah cili atau budu ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...