Alhamdulillah, khatam sudah. Ni kategori
wishlish Ibu pulak. Gulai ikan tenggiri dengan peria. Menu ni masuk
wishlish sebab Ibu nak makan peria Malaya. Peria di Kuwait tak pahit.
Dulu masa duduk sini tak pandang langsung nak makan yang pahit-pahit.
Cuma semenjak dah merantau ni pulak pandai makan peria, kambas, petai
dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab dah jemu dengan udang, daging,
ayam, sotong atau ketam yang terlalu senang nak dapat, jadinya tekak
mintak menu original orang kampung Neghori Sembilan.
Yang best tu, bukannya nak sangat
makan ikan tu, tapi nak makan peria. Memang betul la.. dah jemu makan
ikan kut. Yang elok sangat tu.. nak-anak makan ikan, Ibu and Atok makan
peria. Jika ada yang mempertimbangkan nak masak juadah ni untuk iftar
petang nanti, bolehlah lihat resepi.
Bahan-bahannya;
Ikan tenggiri
* Kuantiti ikan terpulang pada saiz hidangan masing-masing
Peria
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
Santan 500ml
Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit, dan kacau selalu.
* Elakkan pecah minyak atau meruap, nanti kuah tak cantik dan rasa pun kurang lemak.
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
4- Peria dibelah 4 dan buang bijinya.
5- Masukkan peria ke dalam kuah dan masakkan seketika.
6- Perasakan dengan garam.
7- Siap sudah..
No comments:
Post a Comment