Beautiful Friends

Tuesday, July 31, 2012

Ikan bakar at Bagan Lalang.. celebrating Omak on her birthday.


Inilah sahaja gambar-gambar lauk-pauk yag sempak diambil gambarnya semasa kami berbuka puasa di Bagan Lalang tempoh hari. Ada lagi a few yang tak sempat berposing lantaran keadaan yang sedikit kelam-kabut. Sesampai di sana sudah hampir masa untuk berbuka puasa. Dengan keadaan anak-anak yang riuhnya lebih dari orang yang berpuasa, nak order makanan lagi.. memang chaos in the house.

Sebenarnya tujuan kami ke sana adalah untuk meraikan hari lahir Omak yang jatuh pada 31st July lalu. Bukan selalu pun nak keluar makan jauh-jauh macam ni. Mana tidaknya, dari rumah adik di Seremban hingga sampai ke Bagan Lalang memakan masa dalam 1 jam lebih jugak.

Alhamdulillah, makanan yang di-order tidak begitu menghampakan. Ikan, sotong, ketam dan lain-lain masih segar. Dan yang paling mustahak.. harga memang berbaloi. Tapi sekiranya ada di antara rakan-rakan yang ingin mencuba makan-makan di sini dalam bulan ramadhan ini, ada baiknya jika datang sedikit awal. Otherwise, memang kelam-kabut. BTW, solat wise.. alhamdulillah tempat makan yang kami pilih ada menyediakan tempat untuk bersembahyang. Kemudahan tandas dan tempat solat juga, alhamdulillah sangat selesa.


Ikan jaket sumbat belakang - 3.5 *
Pari bakar (sebelah ikan jaket) - 4 *
Tomyam - 3.75 *
Kerapu stim - 4 *
Ketam masak pedas - 4 *
Sotong goreng tepung - 5 *

- Yang tidak sempat berposing -
Kerang bakar
Ikan selar goreng kunyit
Kailan ikan masin
Kangkung goreng
Sayur campur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...