Beautiful Friends

Tuesday, July 3, 2012

Petua dan tips untuk kuku yang bersih, cantik dan sihat.


Kuku yang cantik, sihat dan berkilat lebih sinonim jika dihubungkaitkan dengan wanita. Namun hari ini kaum lelaki juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Selain cantik, kuku yang bersih dan sihat secara tak langsung menggambarkan tahap kebersihan seseorang juga. Sepintas lalu, kuku boleh melambangkan secara umum keperibadian seseorang.

Akan tetapi tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan kuku di spa atau salun. Mungkin wang bukan masalah, namun “masa” dan keadaan tertentu pula yang membataskan. Di bawah Ibu senaraikan beberapa tips dan petua yang boleh dilakukan di rumah, namun hasilnya masih juga sama seperti di spa atau di salun-salun kecantikan.


Lemon
Ambil sebiji lemon dan belah dua. Perahkan jus lemon ke dalam sebekas air dan rendamkan jari-jari ke dalam air tersebut. Kemudian gosokkan perlahan-lahan kulit lemon tersebut pada kuku. Cara ini hanya boleh dilakukan sesekali kerana ia boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.


Bawang putih
Sediakan seulas bawang putih dan buangkan kulitnya. Pecahkan bawang puith itu dan sapukan pada kuku anda yang pucat atau pudar. Lakukannya 3 kali seminggu.


Limau Nipis
Bahan ini paling mudah didapati. Sama ada memetik sendiri di pokok atau mendapatkannya di pasaraya berhampiran. Belah dua limau nipis dan gosokkan pada kuku selama mana yang anda suka. Sebaiknya berhenti apabila kuku mula kelihatan bersinar.


Belimbing buluh.
Gosokkan belimbing buluh ini ke kuku anda. Lepas itu cucilah tangan anda dengan air sabun dan keringkannya. Amalkan petua ini setiap hari sehingga menampakkan hasil. Setelah berhasil kelak, mungkin anda boleh buat 1-2 kali seminggu.


Bawang
Sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang mudah rapuh sekerap mungkin.


Ubat gigi
Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku. Boleh juga menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok kuku. Selepas digosok biarkan selama 10-15min. Kemudian bilaslah dan keringkan dengan tuala.  Lakukanlah sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.  Kuku akan kelihatan bersinar berbanding biasa.


Minyak zaitun
Kerap menyapu minyak zaitun pada kuku juga boleh melembabkan kuku selain daripada mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.


Getah buah betik
Fungsinya untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi lembab.


Kunyit dan minyak kelapa
Fungsinya untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada kuku. Parut kunyit dan campurkan dengan minyak kelapa. Titikkan pati campuran tadi pada kuku. Kemudian lap dengan tuala lembut.

5 comments:

  1. Waahh, kak..Excited baca tips dan petua akk untuk mencantikkan kuku..^_^ Kuku sy pun bermasalah juga.. Tak pernah lagi try petua yang akk bg ni.. Cuma skrg amalkan mkn vitamin yg kaya zinc dan protein juga.. Huhu, harus dicuba petua akk ni.. Thanx kak atas sharing..Mohon share dan slm perkenalan kak..^_^

    ReplyDelete
  2. K.Sham pun ada jugak yg gugel & ada jugak yg dpt tahu dr kwn2.
    Adik try la dulu.. kut menjadi.. serasi la tu.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg sgt menarik. Mohon kbnaran utk di share yer. ��

    Kulit kembali gebu

    ReplyDelete
  4. Menarik ! saya pun ada post gak pasal kuku tpi berbeza sedikit ngn akak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...