Beautiful Friends

Sunday, July 22, 2012

Moreh time..


Ello all,

Alhamdulillah, hari ni cukup sudah dua hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Anak-anak Ibu pun selamat berpuasa sampai ke petang. Actually, my most concern is Haazem. Anak bertuah tu banyak drama Tamil. Hari ni tadi pun dah hampir-hampir nak terkucil. Mahu tidaknya, dari pagi dok layan main basikal. Turun naik bukit macam tak rasa apa. At last jam 11.30 pagi dah mula mencungap. Lepas tu mula dok tanya "bila nak bukak posa" selang 10 minit.

Tambah meriah sebab anak-anak my brother semua ada kat sini. Makin meriah la dia orang dok main basikal. Bosan main basikal, main kejar-kejar pulak. Lepas tu main buaian laa. Macam tak ada terfikir yang dia orang tengah puasa. Lepas tu, mula laa mencari "fridge". Isshhhh...

At last petang ni tadi dia orang request nak makan mi kari. So dengan bersemangat Ibu pun turun masuk dapur buat apa yang patut. Tapi at last lepas dengar je bunyi azan, semua dok terjah air bergelas-gelas. Mi kari pun tak berusik.

So, at last mi kari jadi bahan santapan untuk moreh. Tapi as long as dia orang makan, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...