Istilah kencing kotor sering
digunakan untuk seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas
kencing atau kencing yang tidak lawas. Sejenis
penyakit yang sangat senang menyerang, namun merawatinya jugak tidaklah begitu
susah. Akan tetapi jika setelah berusaha dengan beberapa cara yang dicadangkan
ini, masih tidak nampak akan kesannya, eloklah jika susulan ke klinik
dipertimbangkan.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza
mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Apakah yang menyebabkan air kencing
kelihatan keruh atau kotor?
1- Makanan harian yang dicampur dengan bahan
kimia, lemak dan perasa.
2- Bahan pengawet yang terdapat pada daging, ayam dan
sayur-sayuran.
3- Banyak minum air yang bergas, makanan ringan,
merokok dan meminum arak.
4- Kurangnya meminum air masak dan bertapis, tidak
mengamalkan pembersihan yang tinggi.
5- Berpakaian ketat (dalam dan luar) khususnya kaum
wanita.
6- Tekanan perasaan atau emosi yang tidak menentu.
7- Jangkitan
kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI).
8- Terlalu banyak pengambilan Vitamin
yang larut air seperti Vit B dan Vit C.
9- Pesakit kencing manis (diabetes).
10- Mengandung.
11- Pengambilan sesetengah ubatan.
12- Terdedah kepada sesetengah bahan kimia.
13- Batu karang dalam saluran kencing.
14- Kerosakan buah pinggang.
Pencegahan.
Minum air dengan secukupnya, dicadangkan 6-8 gelas sehari.
Elakkan dari menahan kencing
Makan buah cranberries atau
bluebarries yang mempunyai antioxidants.
Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas atau meminum jus nenas.
Nenas mempunyai
bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.
Secara
tradisional pula, mungkin cara ini boleh membantu.
Daun
pegaga
Ambil secekak daun pegaga, dan
beberapa tangkai daun inai.
Masukkan lima gelas air bersama daun
tersebut.
Rebus sehingga ianya hanya tinggal
anggaran dua gelas air.
Biarkan suam dan terus minum.
Setiap rebusan boleh tahan hingga
dua atau tiga kali minum.
InsyaAllah kencing kotor akan baik
dan perut tak sakit lagi.
Barli
Sebelum
direbus, basuh dahulu barli tersebut seperti membasuh beras.
Apabila
telah bersih barli rebus dengan air yang banyak.
Masak
dalam setengah jam dengan api yang perlahan.
Untuk
mendapakan rasa yang lebih enak, dicadangkan masukkan sedikit garam.
Jika
perlu, bolehlah diperahkan sedikit jus limau.
Namun
untuk mendapatkan khasiat yang maksimum, ada baiknya jika barli tersebut
diminum begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment