Hampir setahun menanti baru
sekarang dapat merasa semula. Last few days Ibu dan anak-anak sempat pulang ke kampung
di Negeri Sembilan (sehari jer). Rasa sesak sangat nafas duduk di Kuala Lumpur.
Tambahan pulak sememangnya terasa amat rindu hendak pulang ke kampung.
Bergumpal dan beramah-mesra dengan nyamuk, ayam, itik.. dan jika sempat mungkin juga merasai
nikmat angin sejuk semulajadi selepas hari hujan.
Sebelum tidur, Ibu dah pasang
niat hendak bersarapan di kedai “Abang” pada keesokan harinya. Juadah yang
dicari, mi rojak dengan extra kuih rojak. Mungkin “biasa-biasa” sahaja pada
orang lain. Tapi bagi Ibu ia satu kelainan dari juadah sarapan biasa yang hanya
menyajikan nasi lemak, roti canai, mi kari, mihun sup dan lain-lain. Rasanya
tidak terlalu keterlaluan jika Ibu berikan 3.5 bintang untuk rasa mi rojak di
kedai Abang tersebut.
Seperti kedai-kedai biasa di kampung-kampung,
tidak ada nama tertentu lagi glamour untuk kedai Abang. Hanya kerana orang kampung
lebih mesra memanggil tuan punya kedai tersebut sebagai “Abang”, dan
memandangkan ia agak serasi pula.. maka sehingga kini jika ada sesiapa yang
ingin menjamu selera dengan “mi rojak” seawal jam 8.00 pagi.. mungkin boleh
mencubanya di kedai Abang.
Terletak bertentangan dengan
Masjid Seri Mungkal, Tg. Ipoh, maka Ibu ambil kesempatan tersebut untuk
mengenalkan anak-anak dengan masjid di kampung kami. Insya’Allah, jika
diizinkan oleh-Nya mungkin sampai jugak rezeki kami untuk sembahyang berjemaah untuk
Solat Terawih dan Solat Eidul Fitri tahun ini di masjid ini nanti.
No comments:
Post a Comment