Sebenarnya entri Ibu kali ini berlaku sendiri di dalam kelompok keluarga Ibu. Telah Ibu lihat sendiri huru-hara dan masalah yang timbul apabila 2 daripada pakcik dan beberapa orang sepupu Ibu berkahwin lebih dari seorang. Bukan niat Ibu untuk bersikap "tidak adil" atau "bias", kerana Ibu juga perlu menerima hakikat sebagai seorang Islam, Ibu harus redha menerima qada' dan qadar ketentuan dari Allah. Namun begitu, sebagai hamba-Nya, kita juga perlu berusaha sedaya mungkin dan bukan hanya pasrah menerima segalanya.
Jika ada di antara rakan pembaca yang "sedang" menjalin hubungan dengan "suami orang", ada baiknya jika saudari, berfikir semula.
SI DIA
TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia
dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu
apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak
diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa
bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap
masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk
mendapatkan cinta kamu saja!
SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap
isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap
sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila
mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa
cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si
dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu
ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu
kelak.
HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu
sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan
sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu
akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh
berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa
diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu
berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia
dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga
yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami
"kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang
sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana
sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala
ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!
Kamu perlu ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih
sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak
hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan
kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk
dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi
dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan
untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia
sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan
dengan wanita lain!
SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang
jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti
akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan
kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak
"test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula,
mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya
akan timbul soal dipermainkan.
PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu
seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan
menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak
menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba
dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si
lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang
lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti!
Renungkan!
KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan
kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan
isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah
dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action speak louder than
words"?
BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"?
Kebanyakan orang tak kira sama ada
wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap
keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih
mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika
perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut
jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala
derita dan malu. Haiiiii… Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang merana!
MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah
berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu
semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat
dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah
tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman
muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Kredit : Tok Wan
No comments:
Post a Comment