Beautiful Friends

Wednesday, May 2, 2012

Asam pedas kepala ikan merah

 
Salam sejahtera..

Entri terakhir untuk hari ini, asam pedas untuk orang demam. Selera dan tekak Cik Asben macam serba tak kena. Jadi Ibu try la masak asam pedas pulak. Walaupun kebiasaannya kalau orang demam dihidangkan dengan sup atau apa-apa yang kurang pedas, tapi sesekali kita berubah angin tak salahkan kan kan.

Okey, walaupun menu ni menu ulang tayang dan rasanya semua orang dah biasa dengan masakan ni.. Ibu tulis jugak la resepi.

Bahan-bahan;
Kepala ikan merah
3 senduk pes cili boh (adjustable)
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(semua bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
Sedikit daun kesum (secukup rasa)
5-6 helai bunga kantan, disiat-siat halus
1 sudu makan pes asam jawa (Ibu guna hat cap Adabi)

Sidekicks;
Tomato, bende, terung, sayur sawi jeruk (ikut selera dan tekak masing-masing la ya)

Cara-caranya;
1- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2- Masukkan pes cili boh dan dimasak sehingga terbit minyak.
3- Masukkan sedikit air dan kacau perlahan hingga mendidih.
4- Setelah itu masukkan kepala ikan yang telah dicuci.
5- Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah disiat-disiat tadi.
* nak masuk sekeping-sekeping pun terpulang la
6- Masukkan sidekicks.
7- Apabila kepala ikan telah hampir masak, perasakan dengan garam.
8- Kacau sebentar dan sekiranya kepala ikan telah lembut.. dah masak la tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...