Beautiful Friends

Thursday, May 17, 2012

Kelebihan Surah Al-Kauthar


 

Surah ini paling pendek, hanya mempunyai 3 ayat dan diturunkan di Mekkah dan bermaksud "Sungai di Syurga".


"Kolam air ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi"


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih di atas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Terdapat pelbagai khasiat yang terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan.

1- Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.

2- Jika kita kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosok di leher, insya’Allah, hilang dahaga.

3- Jika sering sakit mata seperti berair, gatal dan bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah swt beri ilham kepada kita di mana sihir itu diletakkan.

5- Jika membacanya 1000 kali, insya'Allah rezeki kita akan bertambah.

6- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi khusyuk ketika menunaikan solat.

7- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 7 kali, Allah swt akan memberinya bantuan kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yang baik kita amalkan, insya’Allah..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...