Beautiful Friends

Monday, May 28, 2012

Antara punca badan lesu dan lemah.



1. Hati-hati apabila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.

2. Selain itu juga keadaan tertekan akan membuat anda sukar untuk tidur. Akibatnya, anda akan akan bangun di pagi hari dengan tubuh yang lesu. Oleh itu, ceriakan diri anda. Setidak-tidaknya seminggu sekali laukan sesuatu yang anda senangi. Jika anda gembira dan bahagia dengan kehidupan anda, maka tenaga atau aura positif akan mengalir dalam tubuh hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika berasa tertekan, selalu cemas atau berasa kurang gembira semua ini akan menghalang tenaga positif.

 
3. Bercakap mengenai bersenam, pasti ramai yang memberi alasan tidak melakukannya meskipun senaman itu tidak mempunyai sejuta manfaat. Bersenam itu memang mudah untuk diucapkan namun cukup sukar untuk dilakukan.

Sebenarnya semasa bersenam terutama senaman kardio, otak akan menghasilkan hormone endorphin. Hormon inilah yang akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan berasa segar walaupun badan anda keletihan. Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stess dan membuat kualiti tidur akan lebih bagus.

4. Sumber makanan yang ada ambil kadang kala tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral adalah antaranya wajah nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu pening.

5. Di kalangan kaum wanita, anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah merah ketika datang haid. Biasanya tahap “iron” (besi) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Lemah, sesak nafas dan sering berdebar-debar adalah antara simpton anemia. Banyakan memakan makanan yang mengandungi “iron” yang tinggi seperti daging dan juga kekacang.

6. Mengambil minuman berkafein, coklat ataupun minuman beralkohol untuk menstimulasi diri adalah tidak bermanfaat. Jenis minuman ini memang akan meningkatkan tenaga dengan cepat tetapi cepat jugalah tenaga itu menurun. Keadaan ini juga membuatkan kadar gula dalam darah tidak stabil dan anda mudah lapar dan lesu.

7. Biasakan membahagikan waktu makan anda pada lima waktu. Ini kerana tiga jam setelah makan, gula dalam darah akan mula turun. Sekiranya anda tidak mengambil makanan ia akan terus menurun dan akibatnya kepala akan berasa pening. Leher tegang dan perut jadi kembung.

8. Mudah lemah dan lesu juga disebabkan oleh kurang minum air. Sama ada anda melakukan kerja, bersenam, atau bekerja di atas meja, badan masih memerlukan air. Apabila anda berasa dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.


9. Sarapan pagi adalah suatu perkara yang amat mustahak. Sarapan pagi yang ringkas seperti makan beberapa keeping roti dan 2 biji telur separuh masak sudah memadai bagi membekalkan tenaga sementara menunggu waktu makan tengah hari. Sarapan pagi juga penting agar tenaga dapat dibekalkan pada waktu pagi. Ini kerana anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk lebih “focus” anda juga memerlukan tenaga.

10. Makan terlalu sedikit atau diet yang keterlaluan akan menyebabkan badan menjadi lemah. Diet yang seimbang akan membantu untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi kurang, badan akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.


11. Setiap malam tidur yang disarankan adalah 7-8jam. Jadikan amalan tidur yang cukup sebagai perkara utama untuk mengembalikan tenaga anda. Wanita yang bekerja sama ada yang bujang ataupun dah berkahwin seringkali mengabaikan waktu tidur mereka. Sibuk dengan kerja rumah ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasannya.

Sekali dua mungkin tak mengapa lagi namun sekiranya menjadi kebiasaan, ia mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Oksigen yang kurang mungkin akibat kurang tidur akan menganggu daya penumpuan dan membuatkan tubuh berasa letih.

1 comment:

faizul badri said...

Jika badan kita letih lesu dan tidak bertenaga, boleh cuba amalkan qaseh gold; pemakanan sunnah nabi..
http://muslimchoices.com/?p=qaseh_gold

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...