Beautiful Friends

Tuesday, November 20, 2012

Malang tidak berbau..

Assalamualaikum all,

Syukur alhamdulillah tak ada yang tumbang tengah jalan hari ni. And I can only blame it on ME. Yes.. me and me alone.

Well, memang all this while Ibu jenis yang breakfast memang kena makan yang berat yakni "menyenyangkan" untuk tempoh at least 6 jam. Solution.. makan nasik. Tu sebab Ibu tak boleh join morning coffee yang hanya banyak bersembang and makan ikut ala-ala orang ikat perut. At the same time, Ibu kena lebihkan had gula. But only in my drinks. Kuih-muih tak masuk list okey. Otherwise, jangan terkejut kalau tetiba tengok Ibu boleh mengamok mengelupur mencari Pepsi atau teh'O manis yang skala gulanya macam gula tumpah gamaknya. But, tiap kali pi check darah.. my sugar level memang cantik. Nak tau jenis penyakit Ibu.. gugel la sendiri.

So, nak jadi mula cerita. This morning I've prepared soto for breakfast. Haazem nak sangat sampai 2 kali request. Tak sampai hati.. tu yang gigih pagi-pagi dah buat soto. Well, ntah macam mana Ibu boleh makan "sikitttt" sangat dari kadar biasa. Sikit bi-makna "sikit yang melampau". In other words.. macam tak breakfast pun. Plus malam tadi dinner Ibu boleh tergamak makan sup saja pulak tu. Biasa kalau dah malam "ringan", pagi tu memang cover maksimum la. And to make it worst, Ibu dah 3 hari tak sentuh Pepsi or teh'O manis. 

Then today, seperti hari-hari biasa pi la jemput anak balik sekolah. Itu lah malang tak berbau.. masa dok berjalan ke sekolah tu memang rasa semacam dah. Hidung dan dahi dah mula berpeluh. Itu semua signal yang sugar level dah kritikal. Nak jadi cantik lagi cerita.. boleh pulak cikgu Arif ajak bersembang. There's gonna be an "Angel Day" concert soon so dia mintak tolong Ibu buat sikit props for the kids. Then Ibu tengok tapak tangan dah mula pucat. Jari dah mula ketar. Kelas Arif pun dah mula berpusing. Yet there is still no indication the teacher is going to let me go.

But at last lepas 10 minutes, barulah Ibu dapat "lepas". Apa lagi terus terjah bakala. Then boleh pulak tak ada Pepsi. Coke kat sini tak manis langsung okey. Then cari coklat cloud-9.. abis stok pulak. Roti gula pun tak ada. At last sambar 2 tin air kelapa, bayar and terus balik rumah. Tak sempat naik lift pun, kat lobby Ibu dah tonggeng setin air kelapa. Tak jalan jugak.

Alhamdulillah.. sempat sampai rumah. Memang peluh dah penuh satu muka. Arif and Haazem dah panik tengok Ibu berpeluh macam orang balik jongging 10km. Apa lagi, masuk dapur buat teh'O.. gula kasi maksimum.. duduk.. pejam mata.. lepas 5 minit bukak mata.. okey dah.

Well, this condition I'm having.. memang ramai yang tahu. Sampaikan kalau pi breakfast, kawan-kawan dengan rela hati tolong ambik extra sugar pecket untuk Ibu.

Pernah sekali masa kat Malaysia.. pernah Omak masuk dapur kat this one kedai makan siap buat teh'O manis sendiri. Time tu I was having this "difficulties" too. 6 kali mintak tambah gula tapi tak manis-manis jugak. At last Omak pi sendiri bancuh teh'O untuk Ibu. Ibu time tu memang dah tak boleh buat apa, tapak tangan memang dah putih, peluh sampai ke lengan. Luckily time tu dah sampai kedai makan. Otherwise.. ada yang kena naik ambulan dah.

Ishhh.. come to think about it.. macam cerita Ultraman la pulak. Bila power dah nak habis, lampu kat dada tu mulalah berkelip-kelip.

So a BIG reminder for me.. jangan skip sarapan infact "sila lebih perihatin" dengan GULA. And to those out there yang senasib dengan Ibu.. make sure stok gula dalam badan sentiasa in good level. You might never know.. 


 Barakah day ahead friends. Chiawww..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...