Beautiful Friends

Thursday, November 1, 2012

Malam seribu wangian..

Assalamualaikum all,

Uncle Bob nak balik Tanah Malaya, tapi tak lama seminggu saja. Itu pun dah kira rahmat. Siapa yang tak suka dapat balik kampung. Ni semua sebab Uncle Bob takmo ambik iqamah di sini. Dia lebih rela keluar masuk Kuwait setiap tiga bulan sekali. Ibu rasa kalau Cik Asben tu dok sini single macam Uncle Bob, dia pun nak jugak balik kerap macam tu. Lagi pun tiket semua company yang bayar. Okey sangat laa kan.

Makanya, kebetulan Uncle Bob pun sanggup.. rasanya nak laa jugak berkirim sikit buah tangan untuk keluarga di sana. Tapi kami tak laa sezalim sampai sanggup nak kirim karpet ke almari ke.. dari sini. Memadailah setakat minyak wangi Arab ataupun dipanggil Zohur di sini. Free alkocol okey. Senang laa kalau nak pakai bawak pi solat kat masjid. Nak pakai masa solat pun senang, tak ada dakwa dakwi pasal makhruh alkohol segala. Yakin 100%.

Sedangkan nak pi bersuka-suka kita nak cantik.. nak wangi.. nak kemas. Nak ngadap Allah SWT pun kenalah macam tu jugak. Pahala babe. Lagi pun yang Ibu perasan, tiap kali Ibu dah pakai wangi-wangi ni, "semangat" tu lain macam sikit. Maybe sebab kita rasa diri kita bersih dan kemas, so it lift up the spirit. Kita jadi more enthusiastic. Tapi bukan main "spirit-spirit" tu ya. Itu.. HARAMMMM..

Begitu jugak masa di rumah, tak banyak sikit mesti nak "men-calit" sikit zohur ni. Keluar jer rumah, mesti nak sembur sikit. Dah biasa. Even dalam kereta, dalam beg tangan.. memang dah siap standby sebotol. Kalau emergency sangat, kat sebelah pintu keluar rumah pun Ibu ada standby sebotol. Ni kes kalau "terlupa" dan malas sangat dah nak masuk bilik as well as Cik Asben pulak dah masuk lift. Dari kena jeling dalam kereta, pakai sahajalah apa yang senang dicapai dek tangan.





Empat rak ni memang jadi pilihan utama kami anak-beranak. Cik Asben prefer bau zohur yang original ie. bau-bauan Arabian. Me, anything pun tak kisah, as long as sedap dibau. Anak-anak pun terjebak sama. Masing-masing pun ada favorite masing-masing. Biasanya dia orang ni "mencalit" masa nak pi sekolah ataupun masa nak pi solat Jumaat. Di sini memang tak ada larangan kalau students nak pakai zohur. Arif still lagi prefer yang hat "Spiderman" dia tu. Dia pulak mesti nak spray kalau time nak pi jenjalan.

Selain dari bau-bauan zohur yang asli, ada jugak yang imitation dari brand yang biasa kita jumpa such as Channel, Gucci, Nina Ricci cuma tak ada alkohol laa. Ada kata hat ni tak tahan lama. Pakai sejam dua dah hilang. Tapi setakat pengalaman Ibu, tak jugak. Even lepas basuh baju pun masih ada lagi baunya.
 


Dua kotak ni antara jenis zohur yang siap dengan kotak. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan. Yang kat atas tu simple sikit tapi yang kotak yang kat bawah ni siap dengan "bohour" atau tempat untuk "perasap". Ni laa yang kita orang panggil "kemenyan arab". Kotak kecik tu, berfungsi untuk menyimpan serbuk kayu yang dah siap ada bau-bauan and later bila kita bakar bohour tu, masukkan sajalah serbuk kayu tu.


"Give set" yang dah siap bertuan. Dia orang ni memang suka dengan bau-bauan. Sampaikan baju atau jubah pun dia orang "perasap" nak bagi wangi. Tu sebab bau tu lagi long lasting. Kaedahnya, gunakan bohour laa. Asap bohour tu nanti akan melekat ke baju atau jubah. So memang tak ada kesan tompokan minyak wangi yang ada masa nampak "kuning" kalau terlebih calit atau spray. Btw, most of the distasha Pak-pak Sheikh di sini warna cerah.

 

Uncle Bob yang hampir-hampir terjebak. Nasib baik stok dari Saudi masih banyak lagi. Tapi rasa-rasanya ada jugak orang yang akan menziarah ke sini lagi nanti ni.


Lupa nak tanya nama kayu ni. Tapi dari kayu ni nanti laa dia orang akan kikis sikit-sikit untuk dapatkan serbuknya untuk dibakar di dalam bohour. Yang hat ni lagi mahal dari zohur yang dalam botol biasa. Mau cecah sampai RM500.00 untuk 100grams.



Dua botol di atas ni sample Ibu punya. Tapi biasa Ibu beli botol kecik saja. Senang nak simpan dalam beg. Alahhh.. yang macam saiz minyak atar tu tapi guna roller. 

Tapi pilih punya pilih, boleh short sebotol pulak. Cik Asben punya lupa nak beli. Yang nak dikirim ke Tanah Malaya dah "mission completed" laa. Takpe, Al-Muthanna Complex cuma 20 minutes drive away from our house. Senang-senang nanti, kami datang lagi.

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...