Beautiful Friends

Thursday, November 29, 2012

Dari ku untuk mu.. gulai pucuk paku..

Assalamualaikum all,

Anak-anak dah masuk tidur, barulah aman Ibu nak berangan dan mengarang. Otherwise selagi celik bulat mata masing-masih.. memang selagi itulah Ibu tak boleh keluar dari dapur kecik ni. Kejap-kejap ada yang lapar.. kejap-kejap ada yang lapar.

Hari Rabu sememangnya hari yang amat ditunggu-tunggu. Sebab pada hari inilah Bobby akan menghantar stok barang makanan. Termasuklah jajan untuk anak-anak sekali. Masing-masing dah siap dengan list order masing-masing. Memang bertuah punya anak..
 

Pada Ibu pulak, hari Rabu jugak hari untuk keluarga ni makan "mewah" sikit dari biasa. Minggu ni, stok pucuk paku lebih segar dari sebelumnya. Apa lagi, terus tukar menu. Malam ini, gulai pucuk paku dengan udang Ibu hidangkan. Bagi Haazem dan Arif mungkin pandang sebelah mata. Tapi kalau Amsyar, siap kena pesan "tolong ingat makan tu.. biar sama-sama sikit.. sama-sama banyak". Kalau tidak, confirm habis dipungutnya pucuk paku tu nanti. Bukan tak boleh buat lebih. Tapi adatlah la kan. Yang sikit tu la dia suka berebut. Kalau banyak.. hurmmm..

Alhamdulillah, walaupun harganya cecah sampai RM8.00 secekak tapi "tekak" punya pasal.. kami dayakan jugak. Pada Ibu lauk-lauk kampung jugak yang best. Tapi yang sebetulnya, lauk-lauk macam ni sahaja yang Ibu tau nak masak.. lagi cakap banyak kan..

Pucuk paku ni memang tak elok makan banyak sebab "angin" - "sejuk". Jadinya, setakat 2 kali sebulan tu, kira okey la jugak.

Resepi.. Ibu ni masak cincai-cincai jer. Hatta tak ada skima tertentu pun. Tapi kalau ada yang berhajat.. boleh la skodeng kat sini.

Okey.. ada rezeki.. kita sambung cerita lagi.

9 comments:

  1. wah ada gulai pucuk paku lah disini boleh try ni coz lepas ni nak gi pasau nak cari pucuk paku jugak lah udang dah ada dlm frezer mesti sedap bangat ni kan Sham...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sham,

    Pucuk paku masak podeh campur udang ...

    adoiii terkebil-kebil je lah ni ...

    masak tidak juga ... minggu dopan balik kek omak ... siap bawak cuk paku insyaALLAH ... seniri buek takkk sodap ...

    :)

    p/s: thanks for sharing Tun M's thought on Sept 11 ...

    ReplyDelete
  3. W'salam K.Nor,
    Buat pedas sikit kak.. kasi kluar air mata air idung.. layannnnn..

    W'salam REAL,
    Buleh jo tu, sajo tak nak try buek seniri. Tapi kalau Omak kito yg masak memang sumo eh sodap kan REAL..

    As for the Tun M.. I'm just sharing the link. The rest.. terpulang la. And btw.. you are most welcome dear.

    ReplyDelete
  4. adoiyai...sedapnya pucuk paku masak lemak dengan udang nih. Terlaluuuuuuu!!!!

    Sabarlah hati.

    ReplyDelete
  5. MP,
    May I ask you..
    You ni Sarawakian kan.
    Dari keturunan mana?
    Somehow or rather, I find it your BAHASA is very good. Even to the extend "words" yg Sham pernah fikir nak guna pun.
    Your taste for food.. is very so-Malay.
    The use for local "slaga" is very overwhelmed. Blh kata suma dialeg you boleh "masuk".
    Once I had a not-so-called BF a Malanau.. & dia ada laa sikit2 mcm you.
    & you know what.. last night I spent almost 5 hours randomly reading your blog ending me "gelak sorang-sorang".
    Its indeed a pleasure knowing you dear.
    Errr.. blh bg address to your FB x?

    ReplyDelete
  6. Duhai Kak Sham..

    Mencairkan tekanan air liur cik yong gamaknya..
    adusss...

    ReplyDelete
  7. Yong..

    Buat pedas2 sebab "cili" baik utk "proses penghadaman". Ini mengikut kaedah org Siam.
    Masalahnya, bila dah "membuang" sure lapar balik.. bila dah lapar.. kena masak balik..

    A never ending story gamaknya.
    Tapi gulai pucuk paku memang sedap kan.

    ReplyDelete
  8. Ohhh...sining...

    Yerp I am from the land of the headhunter and I am not a malay. Ada boyfriend malay ---hubungan yang tidak direstui keluarga kerana perbezaan adat dan sebagainya.* lagu Isabella sebagai background. Kang buat entri la. Macam tak best lak memperkenalkan diri di entry berbaur ' batu belah batu bertangkup..telanlah aku luluhlah aku...aku keempunan gulai pucuk paku'

    ReplyDelete
  9. Dushhh.. cop mohor sebijik..
    Jawapan diterima.. boleh laaa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...