Beautiful Friends

Thursday, November 8, 2012

My story.. I rules..


Ada orang tanya.. "dibelakang tabir"..
Perlu ke post gambar masak-masak setiap kali lepas masak?
Perlu ke update gambar "hasil exchange" setiap kali closed-deal?
Perlu ke tunjuk buku-buku yang dibaca?
Perlu ke post lagu-lagu?

Jawapan Ibu..
It doesn't concerned you at all.

Sebabnya, gambar-gambar tersebut hanya untuk tatapan keluarga di Tanah Malaya. Sebabnya Omak and MIL memang suka tengok apa yang anak and cucu-cucu dia orang makan di sini. At least, dia orang tahu.. Ibu bukan spicis bagi anak cucu makan meggi setiap masa. Memang Ibu boleh customize-kan. Tapi nanti ada pulak yang bertanya.. "aku friend, tapi kenapa aku tak boleh nampak gambar?". My advice, kalau tak suka jangan tengok, or HIDE saja my account. Better still, UN-FRIEND terus. Tapi kalau Ibu tunjuk, jangan la pulak ada yang kata Ibu riak. Tapi kalau disorok, ada pulak yang sentap.
So tell me, what best should I do?

Then, tentang my hobby pulak..
Ibu rasa perlu Ibu post-kan gambar-gambar reta-reta yang Ibu dah post dan terima. Especially when you are dealing with all the European collectors. Bukan senang Ibu nak built repo. Empat tahun bukan masa yang "sekejap". Furthermore, again.. tak suka jangan tengok.

Books.
Yes, Ibu memang HANTU novel historical romance. And yes I have circle of friends yang jugak minat baca novels yang sebegini. But please don't you ever be judgmental sebab buku novel Melayu pun tak ada kurangnya. Itu sebab ada pepatah sebut "don't judge a book by its cover". Kalau korang layan Ahadiat Akashah, Ibu prefer novels by Lisa Kleypas, Stephanie Laurens, Judith McNaught or by Bertrice Small. Dah tu nak buat macam mana? Dah Ayah dok baca Mills & Boons.. anak baca yang sewaktu dengannya jugak la kan.

Selection of songs..
Aduhai.. semua tak boleh ke?
I do have common friends yang jugak value same interest as mine. Memang Ibu dah otai.. but being otai doesn't mean I didn't deserved to be happy. Yes, Ibu suka layan lagu and sometimes my selections of songs memang lain dari korang semua. Kalau korang layan Awie, Ibu prefer layan Jon Bon Jovi or Joan Jett. Then kalau korang minat Anuar Zain, Ibu pulak minat Jon McLaughlin. Well, old habit die hard.. dah Omak dok dengar Kenny Rogers and Dolly Parton. And terbaru in my collection is Numb by Usher, hatta tiap kali nak masak Ibu akan pasang banyak kali lagu ni. Tapi jangan ingat semua lagu Omputeh mesti ada sentimen VULGAR. Kalau korang fahamkan lagu ni, its only about being NUMB. Macam Ibu jugak la. Kena belajar jadi NUMB kat sini. Otherwise, memang makan hati la. Makan hati dek kerenah and mulut-mulut belakang tabir.

Tambah sikit lagi..
Kalau korang minat Aaron Aziz, Ibu pulak minat James McAvoy, Alex O'Loughlin or yang lagi horror Ralph Fiennes. But Ralph Fiennes tu dah masuk lain league. Still citarasa kita tetap lain.

Thus, maybe at this very moment korang maybe tengah layan Ombak Rindu or Adam & Hawa, Ibu pulak untuk entah keberapa kali nyer dok ulang tengok Becoming Jane, Pride and Prejudice or The Duchess.

Well let me tell you.
Memang ada segelintir yang pada Ibu "a bit annoying" hatta nak pi isi minyak kereta pun kena update di FB, nak pi beli barang dapur pun kena tunjuk signboard mall. But for me, suka tengok.. tak suka.. ignore sahaja. Even better, HIDE sahaja.

Ibu tak suka ada ill-feeling apetah lagi grudge dengan kawan-kawan. Bukan ramai mana pun. Pusing-pusing akan jumpa orang yang sama jugak. And.. Ibu paling tak suka jadi hypocrite. Depan senyum tapi di belakang, macam-macam cerita yang keluar.

Kawan tetap kawan, tapi kalau ada yang tak berkenan.. jangan risau.. Your account, you rules. Same goes with mine. Its only just a finger touch away.. So in short korang boleh tengok betapa BERBEZA nyer kita. Jadi jangan harap my wall akan dihiasi oleh gambar-gambar atau post yang sealiran dengan korang semua.

Sekian.

P/s;
Ibu saja jer guna font kaler PINK untuk bagi tau yang Ibu tak marah cuma a light reminder pada "those" yang selalu kepoci.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...