Beautiful Friends

Friday, November 30, 2012

Segar dari kebun.. asparagus goreng halia.

Assalamualaikum all,

Perut sudah kenyang, hati sudah senang, pinggan sudah cuci, dapur sudah kemas.. tapi belum masa untuk tidur lagi.

Saja nak "menunjuk" one of the dish that we just had for dinner tonight. Asparagus goreng halia.

Ada cerita di sebalik lauk ni sebenarnya. This dish Ibu belajar masak masa Ibu tengah mengandungkan Haazem. Time tu Cik Asben kena hantar ke Argentina for 3 months. Sedih woo.. ye la.. tengah-tengah preggy dok sensorang.

Well, bukan sensorang sangat pun. Time tu Ibu tinggal dengan Omak. So, segala apa nak makan semua Omak yang layan. Tapi since tengah dok berjauhan dengan Cik Asben, so ngada-ngada la sikit.

Then time tu, back in Malaysia tengah ada this one drama from Thailand yang heronya tersangat la handsome. Ibu memang suka dengan muka-muka yang ada sikit-sikit "Chinese look". Tu sebab jugak Ibu sangat minat dengan Keanu Reeves. Okey.. full-stop.

Dalam cerita tu, this "hero" sangat la pandai masak. Time dia nak ngorat his wife yang cukup keras hati tu, this "hero" masak la this dish. Dengan tak semena-sema terus la pulak Ibu ter-ber-hajat nak try masak macam yang dia buat untuk the "heroin". 

The next morning, suruh Omak pi pasar cari asparagus, halia muda and udang. Tak ada refer ke Cik Gugel pun. Main tibai je masak. Surprisingly, my Ayah, Omak, Adik and SIL sangat la suka makan. Infact, siap kata sedap.

Ever since, it has been one of my signature dish (in my family la).

Tu je nak cerita sebenarnya. Very the showing-off la.

Dah tak ada apa nak cerita lagi.. daaaa..


2 comments:

  1. adussss..akak buat saya terliur dah ni..

    ReplyDelete
  2. Setakat asparagus, halia muda, sos tiram & udang.. Zaila pun boleh masak sendiri..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...