Asalamualaikum dan selamat tahun
baru 1434 Hijrah.
Jangan lupa membaca doa Akhir tahun
1433H dan juga doa Awal Tahun 1434H. Bacalah doa ini sebanyak tiga kali
menjelang akhir tahun Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib
pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan
mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan
keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan
apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang
diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut
diterima oleh Allah Swt. Insyaallah
Doa akhir tahun.
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ
عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ
مَا عَمِلْنَا
فِيْ هَذِهِ
السَّنَةِ مِمَّا
نَهَيْتَنَا
عَنْهُ فَلَم
نَتُبْ مِنْهُ
وَلمَ تَرضَهُ
وَلمَ تَنْسَهُ
وَحَلُمْتَ
عَلَيْنَا بَعْدَ
قُدْرَتِكَ
عَلَى عُقُوبَيْتِنَا
إِلَى التَّوْبَةِ
مِنْهُ بَعْدَ
جُرْأَتِنَا
عَلَى مَعْصِيَتِكَ
فَإِنَّنَا
نَسْتَغْفِرُكَ
فَاغْفِرْ لَنَا
، وَمَا عَمِلْنَا
فِيْهَا مِمَّا
تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا
عَلَيْهِ الثَّوَابُ
فَنَسْأَلُكَ
اللَّهُمَّ
يَا كَرِيْمُ
يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
أَنْ تَتَقَبَّلَهُ
مِنَّا وَلاَ
تَقْطَعُ رَجَاءَنَا
مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ
. رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِي
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala
puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke
atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya
Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau
tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau
tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke
atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi
peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau,
maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan
apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah
menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai
Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima
daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai
Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di
dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api
neraka.
Doa awal tahun.
Bacalah doa ini tiga kali ketika
masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun
sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar
di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan
kepadaNya. Insyaallah.
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ
عَلَىأَشْرَفِ
الأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
.اللَّهُمَّ
أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ
الْقَدِيْمُ
اْلأَوَّلُ
وَعَلَى فَضْلِكَ
اْلعَظِيْمِ
وُجُوْدِكَ
الْمُعَوِّلِ.
وَهَذَا عَامٌ
جَدِيْدٌ قَدْ
أَقْبَلَ عَلَيْنَا
. نَسْأَلُكَ
الْعِصْمَةَ
فِيْهِ مِنَ
الْشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ
وَأَوْلِيَاءِهِ
وَجُنُوْدِهِ
وَالْعَوْنَ
عَلَى هَذِهِ
النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ
بِالسُّوْءِ
وَالإِشْتِغَالِ
بِمَا يُقَرِّبُنَا
إِلَيْكَ زُلْفَى
.اللَّهُمَّ
يَا مُحَوِّلَ
اْلأَحْوَالِ
حَوِّلْ حَالَنَا
إِلَى أَحْسَنِ
الأَحْوَالِ
بِحَوْلِكَ
وَقُوَّتِكَ
يَا عَزِيْزُ
يَا مُتَعَالُ
. رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala
puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas
semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di
atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali
qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi
kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang
direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon
pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami
memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan
diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan,
ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan
kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan
peliharalah kami akan azab api neraka.
Selamat menyambut tahun baru Hijrah
1434 dan selamat beramal.
Barakah years ahead.
No comments:
Post a Comment