Beautiful Friends

Thursday, November 22, 2012

QUOTE time..

Assalamualaikum all,

You can take a girl out of the "kampung" but you can't take the "kampung" out of the girl.
Author : Anonymous.
As simple as.. just be proud of what you are..

Quote.. yes, I love quote. I love them.. I love them.. I love them.. (dah macam cerita Pride & Prejudice la pulak).. I love you.. I love you.. I love you.. Isshhhh, kuat betul berangan kan.

Why?
For one simple reason.. it keeps me motivated thus put me at bay. But of course Ibu akan cari "yang berkenaan" sahaja. Yang lebih sesuai dengan "mood" pada hari yang tersebut.


Even kalau ada ill-feeling, Ibu akan terus gugel cari anything that can suit my mood and shout at my space. Release. It might seems crazy but that is how I express my feeling especially my anger. I do not wish to have "suppressed feeling" sebab nanti Ibu boleh tension. And for my age.. tak elok tensi-tensi.. Nanti boleh naik BP!!

Same goes if I'm happy.. way to express them is by "quote" too. Nak suruh Ibu be "blunt", I surely can do that. Tapi nanti khuatir ada pulak yang kata Ibu riak, sombong, nak menunjuk, tak sayang mulut and yang sewaktu dengannya. Hell, its not easy living in a typical PHD sourounding. Semua nak kena jaga hati orang. Habis tu bila pulak kita nak jaga hati sendiri??

Some people says that I'm very bold and inconsiderate. Well, maybe if you have anything "against" me. Because sincerely, that is only ME. Kenapa mesti terasa?? Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Kan kan kan..

Same goes with the above quote. Yes, I am a KAMPUNG GIRL. Tho I'm not much of a kampung "GIRL" anymore but I'm proud of what I am. And amat berbangga dengan asal usul serta keturunan-ku. Cukup berbangga dengan mandi sungai, main baling selipar, lastik burung, main senapang buluh.. errr, Ibu dulu tomboy sikit. Sekarang pun masih "keras" macam jantan jugak sebenarnya. I do not wish to be anybody that I am not. But rather just a simple kampung girl. I do not wish to have wishful thinking such as nak itu nak ini, dress like that or this, or "wannabe" like anybody, nak fancy things etc. Enough said, memadai dengan apa yang seadanya.

This also applied to my cooking. Kalau ada orang dok "bangga" kata, "malaslah la nak meng-gulai, meng-kari, meng-goreng, renyah sangat". Well, I'm damn proud of my "masak lemak cili api". For that I always ensure there are always sufficient stocks of coconut milk and chilies in my refrigerator. Khalass.

Kalau ada orang berebut nak ajar anak-anak "spekang" bahasa penjajah.. well.. Ibu lebih suka menggalakkan anak-anak bercakap berbahasa ibunda especially slaga Negeri Sembilan dan loghat Kelate. Cukuplah among friends and teachers 6 hours a day bercakap Bahasa Inggeris. Let me tell you.. Its kind of a scary thing when you realized your childrens can't do a proper spelling Bahasa Melayu test.

Example ;
Amsyar - spell dunia - DUNIYA
Haazem - spell Muharram - MUHARROME

Memang tidak salah untuk berubah. Berubah ke arah kebaikan. Berubah demi kemajuan. Berubah demi tuntutan persekitaran. Tapi perlukah sehingga melupakan asal usul. Lupa keturunan. Lupa budaya. Lupa betapa indahnya menjadi seorang bangsa "MELAYU".

Perlukah kita meniru sesuatu yang bukan hak kita? Yang mana akhirnya kita sendiri tersadung jatuh dek hanya hendak menjadi sesuatu yang bukan "kita sendiri?". Berbanggalah dengan diri kita. Dengan nilai-nilai asli diri kita, iaitu bangsa Melayu.

Tinggal di perantauan sememangnya amat mencabar. Dengan persekitaran yang terkongkong, dengan rakan-rakan sebangsa yang cukup terhad. Siapa lagi yang mampu memperkaya nilai-nilai "Melayu" itu jika bukan kita sendiri.

Secara jujur Ibu tidak ada sebesar kuman pun hendak berkubur di negara Pasir Berdengung ni. One fine day.. Ibu akan tetap pulang ke Tanah Malaya. Menjadi bangsa Melayu jati, dengan jiran berbangsa Melayu, makan masakan Melayu, berbahasa Melayu dalam pertuturan seharian, dengan bangganya memakai baju kurung di setiap majlis. Only hoping the time will come soon.. Insya'Allah.


P/s;
Mintak ampun.. mintak maaf.. BAHASA Ibu memang rojak. Carca-marba.. tapi itu tidak bermakna Ibu tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya. Cuma mungkin sebab sudah terbiasa "sebegini". 
Well, I'm not perfect.

4 comments:

  1. Betul Sham. Persekitaran sangat mempengaruhi, kan? Apatah lagi tinggal jauh dari tanah leluhur. Jati diri sangat tercabar dan terduga sekali. Terutama anak-anak yang masih muda dan sangat mudah menyerap.

    Semoga jati diri dan prinsip budaya itu kekal menjadi milik kita selamanya.

    *verification setiap kali nak komen di blog Sham ni sebenarnya sangat rumit, 3,4 kali try baru berjaya. Boleh ‘off’ jika mahu.

    ReplyDelete
  2. Yang quote first tu rasanya dari filem Sweet Home Alabama tahun 2002Kalau tak silap ayat dia macam ni. You can take the girl out of the honky tonk, but you can't take the honky tonk out of the girl.

    :-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dear IS,

    we get better (insyaAllah) as the years caught up with us ... kalau dulu nak cakap bahasa loghat sendiri malu-malu kucing ... sebab selalu kena ejek especially bila mereka kata takutlah pompuan nismilan ... queen control ... wahhhh memang saja nak cari gaduh ... he he ... so to keep peace cakap loghat kelantan je ... he he

    now ... senyum je dan bila mula speaking pada bukan senegeri ... i'll say ... ha ni dah keluarlah bahasa omputih nismilan saya tu ...

    ... :)

    ReplyDelete
  4. Insya'Allah Azie,
    Tp sebelum nak didik org lain, kita kena ajar/didik diri kita sendiri dulu.

    MP,
    Sham pun x ingat mana Sham jumpa..
    As long as its served the purpose.. boh je la.

    REAL,
    Sham kat sini kalau jumpa yg sama N9.. mmg kompom Sham bukak slang nismilan la.
    Banggo tu weii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...