Beautiful Friends

Sunday, November 25, 2012

Beautiful Goodbye..


Ello all,

Lagu ni tak ada kena-mengena dengan cerita dalam entri ni pun. Cuma Ibu suka dengar.. easy and soothing to the ears. Tambahan pulak tajuknya "beautiful goodbye".

Tapi kalau betul sampai masa Ibu untuk mengucapkan "goodbye" pada negara Pasir Berdengung ni, Ibu tetap akan sedih. Ibu tetap akan hiba. Walaupun hanya sekadar menumpang rezeki Allah di sini, tetapi dengan pengalaman suka duka dengan rakan-rakan di sini.. manakan dapat Ibu lupakan dari ingatan ini.

Rakan-rakan.. dalam erti kata lain, merangkap "saudara di kala jauh dari keluarga", memang la tak sama dengan "keluarga sendiri". Seperti adik-beradik jugak kekdahnya, sure ada yang tersentap, ada yang terguris, ada yang terasa.

Seperti majlis perpisahan untuk Saudara Suaimi yang akan memulakan tugas baru di Tanah Malaya, Shaiful Helmi serta isteri yang mendapat tawaran yang lebih baik dari negara jiran kita serta adik Tasya yang akan meneruskan pelajaran di Malaysia.. dalam kegirangan untuk menyahut cabaran baru.. mesti malah wajib (walau cuba dinafikan) akan merasakan kesedihan untuk meninggalkan Kuwait.

Sudah tentu dalam hati berkata.. "bilalah lagi akan dapat datang ke sini lagi?". I know I will if I were in their shoes. Not knowing bila lagi dapat makan-makan di Oriental Cuisine, berkelah di Pantai Egaila, ber-bbq di Gulf Road, beriadah di tepian Pantai Shuwaikh. Such a beautiful experience. But until then, I will surely enjoy to the fullest my life here. Life is short. In the least you expected.. well.. you will never know right.

Until then, bersyukurlah dengan nikmat dunia yang Allah kurniakan.

I hope all of you will have a "beautiful goodbye"..

Kalau setakat makan chips, memang wajib la balik rumah semua lapar nasik..

An utmost sincere confession from someone who doesn't know how to prepare nasik dagang.. 
Majlis sebegini is indeed an opportunity not to be missed.
Dapat jumpa kawan-kawan, dapat sembang-sembang, dapat makan-makan.. best..

 


2 comments:

  1. Bertemu dan berpisah tu adat dunia.

    Saya pun rasa macam perlu mengucapkan selamat tinggal juga.

    ReplyDelete
  2. Patah tumbuh.. hilang berganti..
    Tapi dalam hati.. ingat selalu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...