Beautiful Friends

Tuesday, November 6, 2012

Amalkan pemakanan yang sihat.. NASI ULAM.


Assalamualaikum all,

Ibu baru sahaja selesai bersarapan. Tapi jangan terkejut jika Ibu katakan Ibu tak aci kalau pagi-pagi ni makan yang ringan-ringan. Bila perut dah berat, senang nak buat kerja macam-macam. Tapi kena update “rumah” dulu. Manalah tau kalau boleh dijadikan inspirasi untuk santapan rakan-rakan.

Nasi ulam, first life time experience Ibu makan semasa balik cuti last summer di Kelantan. Memang nyaman. Tho’ Haazem and Arif kata Ibu macam “Shaun the ship”, tak kisahlah. Janji perut kenyang and most of all.. Ibu memang suka makan sayur.

Sudah tentu pilihan ulam-ulam di Tanah Malaya lagi bermacam-macam. Tapi Alhamdulillah, di sini jugak tak ada kurangnya. Dengan pucuk pegaga, jarjer, timun, lobak manis dan salad.. alhamdulillah. Lauk jangan kira. Setakat gulai ayam sudah memadai. Tapi BUDU is a must. Tho setiap kali lepas makan budu Ibu akan sakit kepala (maybe sebab masalah kolesterol) tapi “ubat” kan ada.

Alhamdulillah, Amsyar jugak mengikut selera Ibu. So berbaloi la kalau Ibu beli sayur extra setiap minggu. Walau terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk bekalan sayur, tapi as long as ada yang nak makan.. “order” is just a phone call away. Tambah pulak Bobby sanggup menghantar sampai ke rumah. So, makin penuh la stok sayur dalam fridge.

As for Cik Asben, dia makan jugak sayur. Cuma a bit selective. Tapi kalau dah ada BUDU, well.. yang dia tak makan pun dia sanggup telan. Arif pulak as long as dalam kategori “ada bunyi” memang dia suka. Itu sebab macam carrot, baby corn, celery and lady finger tak boleh masak lama sangat sebab dia suka dengar bunyi “kruk krak kruk krak” masa dia mengunyah. Cuma Haazem sahaja yang dah jenuh dicuba macam-macam cara. Ibu blend and campur dalam kuah pun dia boleh kata “Ibu campur sayur ya…”.

Aduhai Haazem.. macam mana lagi la Ibu nak buat ni??




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...